Artis / Selebriti
” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
YB Syed Saddiq kongsi video menari lagu Aisha Retno, Jodoh Lebaran bersama Bella Astillah, Ayden Adrean dan Ara Adreanna buat ramai terhibur. Alamak YB, lain macam betul YB punya tarian tu. Berdekah tengok, hehe..
Sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna untuk pasangan sensasi Bella Astillah dan YB Syed Saddiq (BASS). Tidak lagi berselindung mengenai hubungan mereka, Bella dan YB Saddiq berkongsi secara terbuka gambar dan video raya mereka bersama-sama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram YB Syed Saddiq, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan suasana hari raya kedua YB Saddiq bersama Bella dan anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Tema baju warna pink lembut menjadi pilihan pasangan ini.
Warganet disajikan dengan paparan gambar keluarga yang cukup sempurna. Ramai yang menyukai gambar keluarga kecil Bella dan YB Saddiq ini. Sekali pun belum disatukan, namun jelas kelihatan Ayden dan Ara amat menyayangi YB Saddiq sebagai susuk tubuh seorang yang bergelar ayah.

Seperti biasa, pasti ada selingan video menari mereka sekeluarga. Bak coretean YB Saddiq di ruang kapsyen, ini adalah akibat kerana tidak mengikuti rehearsal. Tarian YB Saddiq mencuit hati ramai, namun ada peningkatan berbanding tariannya sebelum ini. Ayden juga seperti YB Saddiq, agak kaku dan tidak selincah Ara.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah, happy family.. Barisan hadapan tu penari kebangsaan… barisan belakang sila fokus ironman ironkid..tp love sangat pict 1st tu.. “
” Yb tak datang rehearsal ehh haha. xpe la yg penting effort.. Love love love… Selamat hari raya BASS.. practise lagi yb.. dh ok ckit. .. 1st pic is owesome.. “
” Aaaaa yb knp buat sy nangis ni? first family photo together.. Semoga Allah swt sentiasa keluarga kecil ni .. amin.. “
” YB & Ayden kena amik class pemulihan dgn Cikgu Ara ni. Rehearsal kena attend. Anyway, Selamat Hari Raya, YB & family.. “
” YB dengan Ayden dah boleh daftar kelas menari dengan Ara haha.. aduhai la YB, macam berkungfu dah ni.. anyway, comel, cantik dan handsome betul family ni.. “
” YB dan Ayden sama je kayu haha.. cramp perut ku ketawa tengok yb dengan ayden ni lagi lagi part lompat tu. gambar 1st paling ditunggu-tunggu.. perfect cukup sempurna.. “
” Sukanya tgk pic yg 1st tuu. part menari taknak komen lah. Kita paham yb. yb nampak macam jentik-jentik di situ haha.. YB and Ayden literally budak belakang bila ada senamrobik kat sekolah.. “
Kegembiraan Ayden dan Ara apabila dapat menyambut hari raya bersama mummy dan papa Saddiq kesayangan mereka. Semoga segala perancangan Bella dan YB Saddiq untuk hari bahagia mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil

