Artis / Selebriti
” Cramp perut aku dengar jawapan budak ni. Unexpected betul, boleh sentap tau, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan menjawab soalan perasaannya menjadi anak sulung kepada Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Alamak, random dan jujur sangat jawapan Ammar ni, memang di luar kotak. Lawak tetapi pedas dan menusuk ke jantung yang last tu, haha..
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan yang dapat diberikan kepada anak sulung usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan apabila namanya menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini. Dari seorang yang tidak mahu ke depan, Ammar kini sudah pandai berinteraksi dengan orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Jewels Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ammar menjawab satu soalan dari pihak Siti Jewels. Soalannya berbunyi, apakah perasaan Ammar menjadi anak sulung kepada Dato’ Aliff Syukri.
Jawapan Ammar menggeletek hati warganet kerana ianya terlalu random. Jawapan yang teramat jujur dan membuatkan warganet terhibur. Namun kata Ammar, sebagai seorang anak, semua orang perlu bersyukur siapa pun ibu bapa mereka baik kaya atau miskin.

Ammar juga memberikan satu contoh yang seorang anak tidak perlu bersyukur sekiranya orang tuanya berperangai seperti itu. Pesanan Ammar itu pedas dan sinis tetapi ianya kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Ammar sememangnya berjiwa politik, sempat lagi diselitkan dalam jawapannya itu.
Jom tonton video di bawah :
@sitijewelsmalaysia @Ammar Ahyan : “ Saya memang dah lahir “ . #fyp #sitijewels #sitijewelsmalaysia
♬ original sound – SITI JEWELS MALAYSIA – SITI JEWELS MALAYSIA
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kecuali kalau ayah awak makan rasuah ke, tu jangan bersyukur” HAHAHAHAH random betul lah Amayan ni.. sempat lagi, bakal politician ni.. “
” Kelakar tapi pedas yang akhir tu haha.. ringkas, padat dan tepat.. saya tak ada perasaan, maksudnya nak humble la kan.. “
” Handsome, kelakar jawapan ringkas tapi mantap… memang lurus pembaris jawapan awak amayan.. “
” Cramp perut aku dengar jawapan budak ni. Saya tak de perasaan sebab saya memang dah lahir haha.. tak pernah tak kelakar.. “
” Adoi la Amayan ni, unexpected betul jawapan tu.. deep, jawapan mantap boleh sentap tau.. wei random lah anak sulung sorang ni.. “
” Abang Yan ni kan haha.. dia takda perasaan sebab memang dah lahir…. tapi tetap bersyukur… Alhamdulillah… anak yang baik.. “
” Jawapan yang last tu paling mantap.. padu weh, betullah tu dia cakap.. jawapannya singkat.. padat dan terpercaya.. singkat padat dan tepat.. “
Kelakar sungguh jawapan Ammar, namun hujungnya satu pesanan yang ‘pedas’ untuk semua. Ammar memang orang yang jujur dan ada pendirian yang tegas mengenai kejujuran dan rasuah. Semoga Ammar menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sebagaimana misi hidupnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Jewels Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

