” Comelnya, nak adik ler tu haha.. ” – Netizen

Hairul Azreen Kongsi Video Alisa Aisyah Menyanyi Sambil Menonton Cerita. Haip Lain Macam Betul Bunyi Alisa Nyanyi Ni, Bulu Mata Tu Pun Lent1k Sungguh !!

Gelagat puteri Hairul Azreen, Alisa Aisyah pasti menjadi tumpuan ramai setiap kali dikongsikan. Alisa yang bakal berusia 2 tahun pada bulan Mei akan datang ini memiliki ramai pengikut. Sehingga ke saat ini, akaun sosial Alisa sudahpun mencapai 1.2 juta orang pengikut.

Meninjau akaun Instagram Hairul Azreen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa ketika duduk menonton bersama Hairul. Alisa yang duduk di pangkuan Hairul sambil menyandarkan badannya ini kelihatan menyanyi riang.

Hairul yang merakam gelagat manja anaknya ini tidak disedari oleh Alisa. Butir nyanyian Alisa seakan berbunyi menyebut ‘baby, baby’ . Alisa sememangnya anak yang ceria dan suka berjenaka. Mulutnya yang semakin petah ini membuatkan peminat melihatnya jadi ger4m.

Alisa yang khusyuk menonton sehinggakan tidak berkelip matanya. Wah comel sangat mata Alisa, dengan bulu mata lentiknya itu jelas kelihatan apabila dirakam dalam posisi begini. Kening Alisa juga nampak cantik seperti diukir, kemas dan terbentuk elok.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Alisa bermanja dengan daddynya itu sambil mulutnya menyanyi-nyanyi menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Family quality time, nak baby tu.. baby baby tu haa. Bagi la haha.. Cute sangat Alisa sebijik muka daddynya.. “

” Hahaa want more baby ? Ehem ehem minta baby ke tu Alisa. Seronok menyanyi-nyanyi baby baby mommy baby.. “

” Sejibik daddy budak Alisa ni. Macam dia cakap mintak baby je. Dah la comel, kecik-kecik dah pandai buat kening, pakai mascara lagi.. “

” Comelnya, nak adik ler tu hahah.. Dah bagi hint tu daddy. Ger4m tengok si tada ni rasa nak gig1t. Pandai Alisa nyanyi.. “

” Pipi mommy pipi mommy ishh geram la si cantik sorg ni. Boleh gig1t pipi tu tak, comel sangat sangat. Bulu mata Alisa cantiknya.. “

” Daddy Hairul Azreen macam nak control tahan kelu4r ekspresi apa-apa. Hidung sama, anak daddy sungguh Alisa.. “

” Ger4m tengok budak bijak ni. Alisa like my lil sister, suka bersembang. Comel je nyanyi, nak baby ya. Sebut-sebut baby baby tu.. “

Bukan main lagi Alisa ikut menyanyi sambil menonton tu. Peminat juga ramai yang mendengar seperti Alisa menyebut ‘baby, baby’ . Semakin besar semakin banyak akalnya Alisa ini. Semoga Alisa membesar dengan sihat dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen, IG Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..