Artis / Selebriti
” Comelnya dua-dua ni, pandai Abang Dre zikir dodoikan adik.. ” – Netizen

Farah Nabilah Muatnaik Video Dan Gambar Terbaru Anak keduanya, Yusuf Gibran. Alahai Comelnya Yusuf, Hidung Mancung Terpacak. Part Abangย Andre Berselawat Dodoikan Adik Yusuf Tu Comel Sangat !!
Umum mengetahui pelakon Farah Nabilah telah selamat bersalin cahaya mata keduanya pada bulan Julai lalu. Rasmi menjadi ibu kepada dua anak lelaki, pelakon Mr Grey dan Papa Ricky itu turut mengumumkan nama bayi lelakinya yang diberikan nama sebagai Yusuf Gibran.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Farah Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Farah telah memuatnaik gambar terbaru Yusuf bersama abangnya, Andre Omar. Menerusi gambar tersebut, Yusuf sedang nyenyak tidur di sisi Andre.
Selain itu, Farah juga berkongsi video gelagat Andre sedang berselawat untuk dodoikan Yusuf tidur. Manakala menerusi gambar ketiga pula memaparkan Andre dan Yusufย sedang meniarap melihat buku. Tulis Farah di ruangan kapsyen meluahkan rasa syukur atas kurniakan dua cahaya matanya ini.
Perkongsian oleh Farah ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka mendengar Andre berzikir sambil mendodoi adiknya serta ada juga yang memuji Andre seorang budak yang bijak. Sehingga kini, gambar Yusof serta Andre telah menerima belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video dan melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Farah dan memuji kecomelan Andre dan Yusuf. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Comelnya dua-dua ni, pandai Abang Dre selawat untuk adik.. Bagus betul Abang Dre ni, nampak boleh harap jaga adik.. “
ย ” Comel2 cute anak2 u sis comel mcm ibunya.. Pandai zikir si abg nie.. How come baby boleh tegak kepala gitu, saya buat kat anak, dia tak nak pun tegak kepala haha lagi nangis ada lah.. “
” MasyaAllah tabarakallah.. Mabrook.. Semoga Andre dan Yusuf menjadi anak-anak yang soleh berjaya dunia Akhirat, amin.. “
” Both good looking.. Dah dewasa jd gentleman lah Andre. Mummy ada dua bodyguard handsome.. Tahniah Farah.. “
” Comelnya baby, hidung mancung.. Bijaknya Dre, dah pandai berselawat untuk adik.. Kejap dah besar, dah jadi abang pun dia.. “
” Comel, sambil lap kereta sambil dodoikan adik.. Suka lah tengok gelagat comel Andre, nampak dia matang dari usianya.. “
” MasyaALLAH.. Comelnya Yusuf, seindahnya namanya.. Cute tgk gambar dua-dua meniarap, si adik tu macam faham je baca buku.. “
Alahai pandainya Andre, terserlah sikap abang yang sangat sayangkan adiknya. Apa-apa pun tahniah Farah yang kini sudar bergelar ibu kepada dua orang anak. Semoga Andre dan Yusuf terus diberikan kesihatan yang baik serta menjadi anak-anak yang soleh buat Farah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG farahnabilahofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah