Artis / Selebriti
” Comelnya dia cakap dia tak sengaja, lembut je suara.. ” – Netizen
Video Siti Aafiyah Meminta Maaf Kepada Pengasuh Khasnya, Dayah Zubit Raih Perhatian Peminat. Bagusnya Bakal Kakak Ni, Sopan Je Cara Minta Maaf Tu. Sampai Bergenang Air Mata !!
Wajah gadis bernama Dayah Zubit itu sering terlihat bersama anak penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah. Dayah yang merupakan pengasuh khas Aafiyah ini menjaga Aafiyah sejak Aafiyah baru berusia beberapa bulan dan ini membuatkan mereka sangat akrab.
Meninjau akaun Instagram Aafiyah Khalid ( akaun yang diwujudkan oleh peminat ) , telah dikongsikan satu video yang diambil dari Instagram Story milik Dayah. Kelihatan wajah Aafiyah dirakam oleh Dayah dan pada ketika itu Aafiyah sedang memohon maaf daripada Kakak kesayangannya ini.
Aafiyah turut menyebut Aafiyah tidak sengaja sambil menggenggam kedua belah tangannya. Aafiyah yang melar1kan pandangan matanya daripada memandang Dayah membuatkan Dayah meminta Aafiyah untuk memandang ke arahnya apabila sedang bercakap.

Dalam lembut, bunyi tegas suara Dayah bercakap dengan Aafiyah. Iyalah anak sekecil Aafiyah ini elok dibentuk sejak pada usia sekarang agar ada keperibadian dan nilai-nilai murni dalam diri. Apabila membuat kes1lapan, anak perlu diajar untuk meminta maaf.
Jom tonton video di bawah :
Cara Aafiyah berinteraksi dengan Dayah ini menarik perhatian dan peminat memuji sifat Aafiyah ini. Antara komen-komen peminat :
” Baiknya Aafiyah, bijak dan comel sangat. Lembut je suara mintak maaf, good girl. Santunnya dia Siti Aafiyah binti Khalid.. “
” MasyaAllah comel, bijak dan good sangat Aafiyah ni. Cengei ngat kak dayah haha. comelnya bila dia ckp mintak maaf tu.. “
” Ya Allah comelnya dia ckp dia tak sengaja.. Cepatnya dia matang, cerdik sungguh la dia ni. Sayang Aafiyah ketat-ketat.. “
” Alaaaa comel nya sopan santun.. bagus lah affiyah nya… Bergenang air mata, betul-betul minta maaf tu.. Maafkanlah kakak. Comel sangat Aafiyah, love princess.. “
” Aihh seb4k tengok Aafiyah.. Kakak pun gar4ngnya hahaha. Comelnya Aafiyah bertocang, good girl sangat ni.. Super cute.. “
” Comel je Aafiyah minta maaf kt kakak. Ini salah satu akhak yg baik ada pada aafiah, bila salah minta maaf, ada sifat pemalu. Jadilah anak solehah ia aafiah.. “
” Buat salah apa tu sayang. mcm nak kelu4r air mata diakan. comel cutenya Aafiyah ni, lembut je dia. Pandai dia minta maaf.. “

Sudah bergenang air mata pun, ungkapan maaf tetap diucap si Aafiyah ini. Akhlak yang baik dan dipuji peminat, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila si kecil sudah diajar begini, Insha Allah akan kekal sehingga dewasa kelak. Apa pun, semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah dan ceria selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyah Khalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

