Artis / Selebriti
” Comel la Tokti jadi backup vocal tu. Mahal bayar backup vocal dari bayar main singer ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menjadi Backup Vocal Ketika Berkaraoke Bersama Pekerjanya Raih Perhatian Ramai. Wah Untung Lah Tokti Yang Jadi Backup Vocal Dia. Sporting Sungguh Tokti, Terbaik Lah Bos Macam Ni !!
Dato’ Seri Siti Nurhaliza dikenali sebagai seorang yang lemah lembut dan tinggi budi pekertinya. Sekali pun bergelar jutawan, DS Siti tidak pernah menyombong diri, baik dengan peminat mahu pun dengan pekerjanya di rumah atau pun di pejabat.
Karakter DS Siti akan berubah menjadi tegas kketika bekerja. Tegasnya bertempat dan menjurus kepada urusan kerja. DS Siti sangat disayangi oleh pekerja-pekerjanya kerana melayani mereka dengan cukup baik. DS Siti juga selalu bertegur sapa dan bertanya khabar pekerja setiap kali masuk ke pejabat.
Meninjau entry di akaun Tiktok Haery Dean, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat DS Siti menyanyi bersama pekerjanya bernama Haery. Pada awal video, dapat dilihat DS Siti memanggil Haery dan meminta Haery menyanyikan lagu Baldu Biru.
Riuh suasana di pejabat dengan sorakan para pekerja yang lain. DS Siti pula mengatakan dia akan menjadi backup vocal untuk Haery. Walaupun malu-malu, Haery menyanyi bersama seorang lagi rakan sekerjanya. Impian Haery menjadi kenyataan kerana dapat berpadu suara dengan penyanyi kesayangan.
Jom tonton video di bawah :
@haery_dean Replying to @aisyah jelita tak pernah terpikir pun akan ada peluang nyanyi dengan seorang Siti Nurhaliza 🤯🤯 Abaikan suara kita yang memang tak sedap pun ahahaha
♬ original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – Haery | EmployeeOfTheYear
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ehh ingatkan yang perempuan tu auntie ja suka dessert.. macam sama je. Muka macam Ernie pun ye.. ”
” Ernie Zakri buat apa dekat situ hehe.. Mini Ernie Zakri ni.. Bestnya dapat kerja dengan Tokti.. My Idol since 1996 till now.. Mahal bayar backup vocal dari bayar main singer nih.. hahahaha.. jealous nya.. ”
” Bestnya kerja dengan tokti.. comel la tokti jadi backup vocal tu… sporting betul dengan staff.. seronok ada bos macam ni.. ”
” Bestnya.. Wow syok dapat karok dengan penyanyi nombor 1 negara tu.. Semoga bakat brother dipendam selamanya hehe.. ”
Tentu hari-hari ceria sahaja kerana bekerja di bawah DS Siti yang sporting dan memahami. Bukan semua orang dapat berkaraoke dengan DS Siti secara berdepan seperti ini. Lagi special, DS Siti menjadi menjadi backup vocal untuk pekerjanya ini.
Rezeki Haery yang tidak diduga oleh tuan badan sendiri. Ramai lah yang menyimpan impian hendak bekerja di bawah DS Siti. Apa-apa pun, ini hanyalah untuk hiburan semata-mata dan semoga pembaca turut terhibur dengan perkongsian tersebut.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Haery Dean
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekarang ni, I tak nak kereta, tak nak apa-apa. I nak pergi.. ” – Datin Shahida