Artis / Selebriti
” Comel kereta Barkoba, sesuai dengan karakter Bell.. ” – Netizen
Video Majlis Penyerahan Hadiah Kereta Untuk Bell Ngasri Raih Perhatian Warganet. Wah Memang Kereta Idaman Bell. Bukan Biasa-Biasa Hadiah Kereta Bell Ni. Paling Gah, Tahniah Bell. Kalau Dah Rezeki Tak Akan Ke Mana !!
Sudah lebih seminggu Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2023 berlangsung, namun aura penerima Anugerah Bintang Paling Popular iaitu Bell Ngasri masih tetap menjadi topik hangat di kalangan warganet sehingga ke hari ini.
Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini Bell bakal diberikan hadiah kereta, hari ini telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah tersebut. Meninjau akaun Instagram Hot FM dan ABPBH35, telah dikongsikan suasana sekitar majlis tersebut.
Bell ditemani oleh isteri, anak-anak, mama dan adik-beradiknya cukup teruja kerana semua tidak tahu apakah kereta yang bakal diterima oleh Bell. Suspend semuanya menanti kain yang membalut badan kereta ini dibuka dan apabila dibuka, sebuah kereta Mini Cooper untuk Bell.

Alhamdulillah rezeki Bell dan Bell mengatakan ini adalah hadiah paling besar yang pernah diterimanya. Kereta idaman yang cukup selesa untuk Bell. Sempat Bell berseloroh mengusik isterinya yang duduk sehinggakan tidak mahu keluar dari kereta tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah no syatu lah Bell.. tahniah Bell, nice lawa warna ni. Sesuai sangat kereta ni dngan Bell.. ”
” Banyakkkkkkkkkkkkk sangat hikmah dan ibrah dari kisah Barkoba bellngasriofficial menang ABPBH.. Salah satunya adalah hubungan kekeluargaan yang sangat kuat menjadi Salah satu magnet rezeki.. Alhamdulillah.. ”
” Syukur Alhamdulilah, rezeki abgbell family, tahniah yak yak yeayyy.. mini cooper kereta idaman ramai ni.. tahniah Bell.. ”
” Tahniah Bell Ngasri, he deserve for it. beza bell dgn org lain, bell x perlu cari penaja tp penaja yg cari bell.. berkat sabar dan ikhlas.. ”
” Makin murah rezeki bell, makin dikenali ramai lgi. Alhamdulillahh.. memang rezeki Bell betul.. orang baik ramai sayang.. ”
” Mini cooper, sedondon dengan baju Bell.. bestnya.. rezeki x salah alamat buat insan yg paling berhak.. Alhamdulillah.. ”
” Masya Allah. Alhamdulillah. Tahniah bell. Wahh my dream car.. comel kereta Barkoba.. sesuai dengan karektor Bell.. ”
” Sesuainya kereta tu dengan Bell.. Dia yang menang, aku yang nak nang1s.. Allah maha baik, rezeki Bell atas keikhlasan dia menghiburkan semua.. ”
Terjawab sudah kereta apakah yang bakal dihadiahkan untuk Bell. Dalam sejarah, Bell mendapat hadiah tambahan selepas ABPBH daripada penaja yang berasingan. Rezeki Bell dan semoga kereta ini akan menabur baktinya untuk Bell sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, IG ABPBH35
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

