Artis / Selebriti
” Comel je tengok muka Dato’ Siti time Dato’ K tolong tu.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Melakukan Aktiviti Berbasikal Bersama Suaminya, Datuk Khalid Raih Tumpuan Ramai. Alahai Macam Kena Pula Dengan Lagu Yang Tokti Letak Ni, Hehe !!
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi terkenal, Dato’ Seri Siti Nurhaliza di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Dato’ Siti suka melakukan aktiviti sukan meskipun adakalanya Dato’ Seri Siti sibuk dalam kerjaya seni dan perniagaannya.
Terbaru, Dato’ Siti telah berkongsi video yang memaparkan dirinya melakukan aktivti berbasikal. Menerusi video tersebut, Dato’ Siti tidak keseorangan malah telah ditemani oleh suami tersayang, Datuk Khalid dan beberapa orang lagi.
Tulis Dato’ Siti di ruangan kapsyen, sebelum ini Dato’ Siti telah lama berehat melakukan aktiviti berbasikal dan kali ini Dato’ Siti telah berbasikal dengan jarak 20km. Malah seloroh Dato’ Siti, dirinya bernasib baik kerana Dato’ Khalid membantu menolak basikal.

Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai comel sungguh Dato’ Siti berbasikal, kena pula lagu ini dengan situasi dalam video tersebut.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video oleh Dato’ Siti, ramai yang memuji wajah Dato’ Siti kelihatan cantik tanpa secalit makeup. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Comel je tengok muka Dato’ Siti time Dato’ K tolong tu, hahaha.. Sweet lah tengok pasagan ni kalau buat aktiviti sama2.. “
” Masya Allah sweet Dato’ K, macam kena pula lagu ni kan.. Power lah Tokti.. Lama rest skali 20km ehh.. “
” Tetap maintain cantik je wlpun tak pakai makeup.. Muka tu nmpk muda belia betul.. Hebat lah Dato Ct, 20 km byk tu.. “
” Lagi ni best Cik Siti.. Comel je. Best naik basikal yaaayyyyyy, lagi2 Cik Abg pun tlg teman sama.. Sweet lah Tokti dan Dato K.. “
” Woww semangat betul ni.. Comelnya muka Tokti.. Caiyokkk Tokti.. Lama tak buat biasa lah, nanti ok lah.. “
” Terus igt ali baba lah tengok basikal tu, hahaha.. Tapi mahal betul harga.. Sweet tgk Ct n Dato K kalau beriadah sama2.. “
” Saling follow bestie semuanya yg manis.. Untong ada Apek tlg dari belakang, hahahaa.. Kelakar baca kapsyen Tokti.. “
Jauh sungguh Dato’ Siti berbasikal kali ini. Memang nampak sweet sangat part Datuk Khalid tolong tolak basikal Dato’ Siti tu. Apa-apa pun semoga rumahtangga pasangan ini akan terus bahagia dan kekal sehingga lah ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

