Artis / Selebriti
” Comel je mak Mira selfie berdua dengan ayah, macam pengantin baru.. ” – Netizen
Mira Filzah Kongsi Ucapan Hari Lahir Buat Ibu Tersayang Dan Gambar-Gambar Ibu Dan Ayahnya. Alahai Romantisnya Ibu Dan Ayah Mira. Patutlah Mira Pun Sweet Orangnya !!
Meninjau akaun Instagram Mira Filzah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan wajah ibunya, Faizatul Akmar Hisan. Semalam pada tarikh 6 Jun merupakan ulangtahun kelahiran mak Mira yang ke 55 tahun.
Memandangkan semalam terlalu banyak posting yang berkaitan dengan kerja, Mira memilih untuk berkongsikan coretannya hari ini agar ianya menjadi sesuatu yang istimewa. Berbeza dengan tahun terdahulu, tahun ini tiada sambutan hari raya dan sambutan hari lahir yang dapat mereka raikan bersama.
Doa Mira agar maknya ini diberikan kesihatan dan umur yang panjang serta dimakbulkan Allah segala doa yang dipohon. Melihat kepada gambar yang dimuatnaik oleh Mira, beberapa keping daripadanya adalah ketika majlis akad nikah Mira tahun lalu dan selebihnya ketika mereka keluar bersama.

Romantis sahaja mak dan ayah Mira bergambar berdua walaupun anak-anak sudah besar belaka. Tidak hairanlah Mira pun sweet apabila bersama suaminya Wan Emir Astar, ikut perangai mak rupanya. Cantik sungguh anak dan mak ni.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Mira ini meraih perhatian daripada peminat. Rata-ratanya turut memberi ucapan selamat hari lahir dan tidak kurang juga yang suka melihat gelagat mak dan ayah Mira apabila bersama. Antara komen-komen peminat :
” Memang special sangat nih. Mak Manjur baca sure terharu. Happy birthday mak mertua tak jadi, awet muda la mak mira ni.. “
” Alala comelnya posing berdua tu, happy birthday auntie. My role model in mendidik anak-anak. Semoga umur panjang dan diberkati Allah swt.. “
” Happy birthday Aunty, picture 4 and 5 tu so sweet couple. Anak dengan mak sama-sama sweet, suka tengok. Tumpang bahagia.. “
” Happy birthday Aunty, very look young tak macam 55 tahun. Terbaik lah aunty, berjiwa penyayang patut anak-anak pun penyayang jugak. Stay safe.. “
” Ayah segak dan mak cun. Patut anak-anak pun cun. Comel je mak Mira selfie berdua dengan ayah tu. Macam pengantin baru, sweet selalu.. “
” Happy birthday aunty. awek muda la aunty. tak pernah tak cantik, mak pun sweet bila dengan ayah. Suka tengok keluarga bahagia ni.. “
” Happy birthday aunty, suka tengok gmbr no 2 dengan 4 so sweet. Moga sentiasa sehat, dikurniakan rezeki melimpah2, dipermudahkan urusan n sentiasa dlm lindungan Allah.. “

Sudah 55 tahun pun masih terlihat muda mak Mira ini. Apa pun, kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Puan Faizatul Akmar dan semoga dikurniakan Allah kebahagiaan dan umur yang panjang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam

