Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel je Bunga ketawa tutup mulut, manis leting cucu Tok Sidang ni.. ” – Netizen

Video Terbaru Tok Sidang Bersama Cucunya, Bunga Elhaq Raih Perhatian Warganet. Alahai Seronok Bunga Tengok Dadda Tiup Kotak Tu Sampai Bunyi. Semakin Comel Bunga Sekarang !!

Kehidupan Jinggo atau mesra dipanggil Tok Sidang dan isterinya, Sheila Rusly semakin bahagia dengan kehadiran cucu sulung mereka iaitu Bunga Elhaq. Ada sahaja video atau pun gambar terbaru Bunga akan dikongsikan oleh Tok Sidang mahupun Sheila di akaun Instagram.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tok Sidang telah dikongsikan video baru memaparkan Tok Sidang bersama Bunga. Menerusi video itu, Tok Sidang berkongsi cara bermain sebuah kotak kecil dan meniup kotak tersebut sehingga mengeluarkan bunyi.

Kata Tok Sidang, ini adalah salah satu permainan ketika zaman kanak-kanak dahulu kerana ketika itu ramai ibu bapa tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli permainan untuk anak-anak mereka. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.

Gelagat Bunga yang tersenyum apabila melihat daddanya meniup kotak tersebut buat ramai terhibur. Ada yang memuji Bunga semakin comel dan mengatakan wajah Bunga saling tidak tumpah seperti bapanya. Sehingga kini, video Tok Sidang bersama Bunga telah menerima ratusan komen dan lebih 10 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video Tok Sidang bersama Bunga. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel je Bunga ketawa tutup mulut, manih leting cucu Tok Sidang ni.. Waktu kecik pun lepas beli kismis dlm kotak putih tu, mmg selalu wat mcm tu… Nostalgia btl Tok Sidang buat mcm tu.. “

” Alololo Bungaa omeyynyaa.. dia tengok je Dadda buat apa.. Kita yg da 37 tahun pun tak tahu.. Tok Sidang ajar baru tahu.. “

” Bestkan Tok Sidang, Bunga dah pandai main seronok.. Kejap dah besar budak comel ni, senyuman dia manis betul tengok.. “

” Haha… Sy akn buat lps habiskn kismis dlm kotak @ coklat dlm kotak. Mak tak bg buat sbb nmpk tak elok. sy ank ppuan, tak manis katanya. Tp bljr semua dr arwah abah.. “

” Ehh Bungaaa ape ni comel sgtt. Senyum tutop2 mulutt ye.. Muka daddy dia betul.. Bunga seronok dapat main dengan dadda dia.. “

” Hahaha kita pun suka buat gitu bila dah abis kismis sekotak nanti sambung mkn lagi sekotak. Bila ada b’day party mesti dpt kismis coklat gula2 jelly belon. Best.. “

” Zaman dulu permainan tak yah beli.. Serba serbi kita boleh buat jadikan mainan.. Tgk video Tok Sidang ni terus ingt kenangan zaman kecil-kecil dahulu.. Rindunya.. “

Betul-betul mengimbau kenangan zaman kanak-kanak apabila melihat Tok Sidang bermain seperti itu. Tersentuh baca kapsyen Tok Sidang, sarat dengan nasihat buat cucu tersayang. Apa-apa pun semoga Bunga terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jinggo_jspictures

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT