Connect with us

Artis / Selebriti

” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat. Besar hati kak Erma ni.. ” – Komen Netizen

Video Erma Fatima bertemu bekas suaminya, Bade Azmi dan isteri serta anak-anak curi perhatian warganet. Baiknya Erma dengan Bade, dengan isteri Bade pun mesra. Seronok dengar Erma menyakat Bade. Sempat lagi ye, kelakar lah Erma ni..

Sekali pun sudah lama ikatan perkahwinan Erma Fatima dan Bade Azmi berakhir, namun mereka masih berhubungan baik. Malah Erma juga mesra dengan isteri baru Bade dan anak-anak mereka. Sekali pun jarang dipertontonkan kepada umum, hubungan mereka sangat akrab.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma bertemu Bade. Ianya turut dihadiri oleh isteri Bade, Aida dan anak-anak. Sempena ulangtahun kelahiran Bade, Erma mengusik Bade ketika pertemuan itu.

Kata Erma, Bade bukan orang biasa-biasa dan pernah mendapat anugerah pengarah terbaik dan cameraman terbaik, namun Bade tiada ada satu anugerah iaitu pelakon terbaik kerana pelakon terbaik untuk sudah dibolot oleh Erma sendiri. Bade pula hanya ketawa mendengar usikan Erma itu.

Erma dan Bade sangat profesional dan masing-masing sudah berdamai dengan takdir. Benar kata orang, cinta itu tidak semestinya memiliki. Erma salah satu contoh public figure yang boleh dijadikan inspirasi kerana sifat baik dan positif yang dimilikinya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Happy bonding.. Kak Erma sangat menhargai orang yang hadir dalam hidupnya.. terbaik lah sis Erma, salute dan respect.. “

” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat.. Besar hati kak Erma ni.. Alhamdulillah terbaik kak till Jannah aaminn.. “

” Steady lah.. Syukur alhamdullilah kepada Allah SWT.. for everything. And Happy Birthday Abg Bada.. “

” Terbaih lah Kak Erma.. wanita hebat.. betul betul berdamai dengan takdir ni. sangat positif, salute kak Erma. Last tu tak boleh tahan haha.. “

” Happy birthday Encik Bada.. Kak Erma wanita Terhebat,klu semua wanita mcm ni aman damai hidup sbb tak ada dendam,dengki,iri hati,perasaan benci,Tabik dgn kak erma.. “

” Sangat profesional dan harmoni.. tahniah pengarah wanita hebat Erma Fatima.. suka tengok hubungan yang aman damai macam ni.. aura positif.. “

” Salute sis Erma walau dalam comedy dan santai tapi words tue sampai .. gaya makcik Blues.. tuee “layannn”.. Erma wanita hebat kiriman tuhan, wanita hebat.. “

Satu dalam sejuta pasangan yang selepas bercerai boleh duduk bersama secara santai sebegini. Bak kata Erma, selamanya Bade di hati dan tiada siapa yang dapat menggantikan tempat Bade dalam hati Erma. Semoga hubungan baik ini berterusan sampai bila-bila. Happy birthday Encik Bade.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak