Artis / Selebriti
” Cepat sangat reaction dia, terus jerit, terkejut birthday girl tau. Kepom memang kelakar, haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Menyanyikan Lagu Happy Birthday Kepada Seseorang Buat Ramai Terhibur. Sekali Kak Lina Buka Suara, Terkejut Member Tu Dengar. Nak Menyanyi Ke Nak Marah Tu Kak Lina. Lawak Betul Lah, Haha !!
Sebut sahaja nama selebriti Elly Mazlein sudah pasti ramai yang mengenalinya. Suatu ketika dahulu, Elly memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan pelakon. Namun sekarang, Elly turut menjadi seorang pengacara terkenal dan penyampai radio.
Celoteh dan telatah Elly yang sangat kelakar sering membuat ramai yang tak kering gusi ketawa. Segmen yang dikendalikan oleh Elly di stesen radio Era iaitu Carta Era 40 juga menarik para pendengar pada setiap minggu. Gelagatnya semasa mengaca juga membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik dyunaaluv telah dikongsikan video yang memaparkan Elly menyanyi lagu Happy Birthday. Pada awal video, kedengaran suara seorang lelaki memberitahu yang hari tersebut merupakan hari lahir seorang yang berada di hadapan Elly yang dikenali dengan panggilan nama Sam.
Mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, Elly dengan pantas menyanyi lagu Happy Birthday dengan caranya yang tersendiri. Tulis pada video itu, mengatakan nyanyian Elly berskala besar. Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 120 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@dyunaaluv
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan menyukai video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Cepat sangat reaction dia.. Ah.. Terus jerit.. Tekejut birthday girl tau.. Hahaha Kepom memang kelakar sangat lah.. “
” Kalau macamni boleh nangis saya tauu . Rasa mcm kenaa marahh, hahaha.. Kepom2, memang buat hal betul lah dia.. “
” Nape la aku tgk byk kali.. Mcm syok plk dia jerit mcm tu.. Lain dr yg lain.. Ko adooo.. Special betul lagu hari lahir dia, haha.. “
” Geram betol aku ngn Kak Lina nih… Random dia tak tak blh bwk bincang… Trkejut aku tengok video ni, hahaha.. Buat pasal betul Kak Lina.. “
” Kalau mcm ne, cancel jemput join besday party Kita.. Takut kiter dtg sawan masa dia menyanyi, hahahaha.. Sakit perut aku gelak tau.. “
” Tgh mkn dgr ni, nsib Tuhan belum panggil saya lagi on the spot.. Hahahha.. Pasni msty org buat sound ni.. Viral jadinya nanti..
” Ingatkan nak bersin tadi, hahaha.. Nak nyanyi lagu happy birthday rupanya.. Kau memang radom terusk Kak Lina.. “
Bak komen warganet, lain macam nyanyian lagu birthday Elly. Ingatkan nak marah, terkejut birthday girl itu dibuatnya. Ada sahaja kelakuan Elly yang membuatkan orang di sekelilingnya turut terhibur. Apa-apa pun, semoga Elly terus success dalam apa jua bidang yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dyunaaluv,
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral3 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral7 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Viral6 days ago
” 90% raut wajahnya sama, senyum sama. Sampai tak boleh bezakan.. ” – Komen Netizen