Artis / Selebriti
” Cepat gila reaction dia, takde loading pun. Lawak lah Pawi ni, haha.. ” – Netizen
Video Reaksi Safawi Rasid Ketika Syifa Melvin Menunjukkan Pregnancy Test Kit. Tak Sangka Macam Tu Respon Pawi. Sepantas Kilat Weh, Haha !!
Pasangan Safawi Rasid dan Syifa Melvin antara pasangan selebriti yang disukai ramai. Pasangan ini sudahpun dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang diberi nama Saif Sulaiman.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Syifa Melvin, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan reaksi Safawi ketika Syifa membuat kejutan menunjukkan keputusan alat ujian kehamilan. Pada awalnya Syifa meminta Safawi untuk memejamkan mata dan mengatakan dia risau sekiranya Safawi akan muntah melihat benda ini.
Safawi memang sejenis yang mudah terkejut. Respon Safawi yang begitu pantas ketika melihat alat ujian kehamilan itu menggeletek hati warganet. Ini betul-betul Super Pawi, sepantas kilat reaksinya itu. Menangis Safawi dan Syifa kena Allah mengurniakan anugerah yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri.
Walaupun ramai yang teruja melihat reaksi Safawi, sebak juga di hati warganet melihat air mata Syifa dan Safawi itu. Sekuat-kuat seorang lelaki, menitik juga air mata jantannya. Tulis Syifa di ruangan kapsyen, semoga satu hari nanti Saif akan menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sekiranya video lambat keluar )
@syifmel131 Mashaallah! Tuan badan dah bagi greenlight utk post, aku masih mixed feeling tengok video ni🤣🤣🤣 Saif nanti besaq hang tengok la video ni😜 #pregnancyrevealhusband #fyp @OFFICIAL SAFAWI R
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 89 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Laju sangat reaction ni Pawi haha. Aku macam ‘ haa, haa, haa.. taktau nak gelak ka happy tengok reaction pawi haha.. ”
” Cepat g1la reaction dia haha. tak rasa sedih langsong weh tengok muka dia sumpah lawak hehe.. dah macam sumbat bola dalam gol, sepantas kilat haha.. ”
” Si pawi ni kan, mudah naw terkejutnya haha. Reaction diorang ni ada speed 2x ke haha. Awat baru post sekarang. Kami dah ingat Saif nak dapat adik dah.. ”
” He loves her more than anything. Sbb tu dia tetap kahwin even ada yang bunyi.. lawak lah tengok reaksi pawi tu.. pawi dengan terkejut berpisah tiada haha.. ”
” Reaction dia daripada terkejut terus peluk Syifa. Pawi Pawi spesis apa la ni cepat terkejut haha. Elok kita nak nangis jadi terbahak ketawa.. ”
” Kelakar lah reaction Pawi ni.. reaction terkejut paling laju bang haha.. punya terkejut macam jumpscare.. ”
” Cepat betul takde loading pun reaction Pawi ni haha. Mcm bini dia tunjuk katak dia punya terkejut tu. hahahaha. Pawi pawi. Semoga Saif membesar bgaikan juara.. ”
Pawi Pawi, kelakar sungguh melihat reaksinya itu. Elok orang sebak, boleh jadi terbahak ketawa melihat reaksi Safawi. Apa-apa pun, ini akan menjadi memori indah untuk mereka kenang bersama-sama. Agaknya apabila Saif besar nanti dan menonton video ini, tentu tergelak sama melihat gelagat ayahnya, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syifa Melvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedihnya tengok video Nyamma, terus menitik air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Abbas tu macam rupa abah je. Abang Bilal copy Umi betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Shila memang power, dengar sambil tutup mata awesome weh. Meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alolo cute betul kartun tu, perasaan dia macam dapat first baby kan Dato’ , hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bini masuk air, laki pemalu. Adoi comel betul tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Jujur sangat ni, sampai tercengang Omma. Kadang-kadang kejujuran itu menyakitkan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedih dan sayu pula tengok Fatima dengan daddy. Tak lepas Fatima genggam tangan daddy.. ” – Komen Netizen