Artis / Selebriti
” Cantiknya wife Qawiy. Ayu, lembut, cantik, semua cukup lengkap.. ” – Komen Netizen

Perkongsian terbaru Qawiyaro buat ramai terkejut. Wah diam-diam Qawiy dan selamat bernikah dengan gadis pilihan hati. Bagusnya majlis simple dan mencari barakah. Cantik isteri Qawiy, macam muka orang Arab..
Seringkali muncul dengan video tebuk ngaji, nama Qawiyaro bukan asing untuk semua wargamaya. Qawiy yang juga bergelar huffaz Al-Quran ini disukai ramai kerana contentnya yang memberi inspirasi kepada semua supaya cintakan Al-Quran.
Menerusi perkongsian terbaru Qawiy di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang membuatkan ramai teruja. Dalam diam, rupa-rupanya Qawiy telah pun selamat menikahi gadis pilihan hatinya. Majlis pernikahan Qawiy berlangsung di London.
Beberapa keping gambar dan juga video dikongsikan dan pada awalnya ramai yang tidak dapat menangkap ianya adalah majlis perkahwinan Qawiy. Komen warganet, gambar awalnya seakan plot twist dan apabila lihat sehingga ke akhir gambar, baru lah mengerti ianya majlis Qawiy.
Qawiy juga turut berkongsikan satu potongan hadis mengenai perkahwinan menyempurnakan separuh iman. Menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Allah, Qawiy telah pun melengkapkan separuh daripada agama dan separuh lagi dirinya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 42 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah, tahniah Qawiy. Selamat melangkah ke fasa baru dalam hidup sebagai seorang suami. Hari yang dinanti akhirnya tiba, dan kami semua tumpang gembira melihat kau dan pasangan bersatu dalam ikatan yang suci, penuh makna, dan diberkati.. “
” MasyaAllah Beautiful bride.. Alhamdulillah. Congrats brotha.. moga sakinah mawaddah warahmah love.. “
” Gambar dia plot twist sikit ek. di hujung baru faham ohhh ni pengantinnya haha. selamat pengantin baru, semoga hingga syurga.. “
” Tahniah Qawiy.. Sekali arab daa haha.. barakallahu fi umrik ya habibi.. Semoga pernikahan Qawiy dan isteri, dipenuhi dgn Mawaddah, Sakinah dan RahmahNya. Ameen.. “
” Sekali anak arab la, tahniah qawiy, selamat pengantin baru, moge perkahwinan kekal sampai jannah.. “
” Alhamdulillah, senyap senyap je Qawiy ni.. tahniah Qawiy dan pasangan.. cantik betul wife Qawiy, sejuk mata memandang.. “
” Tak berkelip mata aku tengok muka wife Qawiy. ayu lembut cantik semua cukup lengkap. Tahniah Qawiy, semoga menjadi suami yang terbaik dan ketua keluarga yang beriman.. “
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Qawiy dan isterinya itu. Bermula lah fasa baru dalam kehidupan Qawiy bergelar sebagai seorang suami. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga ikatan yang terjalin ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen