Artis / Selebriti
” Cantiknya, wajah iras Marissa.. ” – Netizan
Muatnaik Gambar Bersama Anak-Anak Tirinya, Perkongsian Abby Abadi Raih Tumpuan Ramai. Eh Yang Perempuan Tu Macam Muka Marissa Dania Lah. Cantik Dan Manis Orangnya !!
Meninjau ke akaun Instagram Abby Abadi, posting terbaru Abby telah meraih perhatian ramai. Abby telah berkongsi sebuah posting bersama anak-anak tirinya. Posting tersebut bertujuan untuk memberi ucapan hari lahir kepada anak tirinya yang bernama Fatihah Faizal.
Fatihah merupakan anak kepada suami Abby iaitu Faizal Zakaria. Jarang sekali dikongsikan oleh Abby bersama anak-anak tirinya di media sosial. Sebelum ini Abby pernah beberapa kali berkongsi gambar anak tirinya yang bernama Edry.
Apa yang lebih mencur1 perhatian ialah wajah Fatihah yang nampak cantik dan dikatakan begitu seiras dengan wajah anak Abby iaitu Marissa Dania. Bukan sahaja cantik, Fatihah juga memiliki penampilan yang sopan dan sangat manis bertudung litup.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebagai ibu bapa pastinya mendoakan yang terbaik buat anak seperti yang dititipkan di ruangan kapsyen pada posting ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Fatihah dan menyamakan Fatihah seiras Marissa. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantik kakak.. Iras Marissa.. cantik dan hensem anak nya.. muka dah mcm anak anak kak abby juga.. “
” Mcm muka marissa jugak.. halaaa anak tiri kak abby cantik laa baru tahu kita rupanya boleh jd geng marissa .. Muka Abby Dan suami seiras.. “
” Cantiknya kakak, cantiknya iras iras marissa.. boleh jd kwn marissa ni. Sama sama cantik dan sopan.. anak tiri pun mcm anak sendiri.. “
Sekadar info, perkahwinan Abby bersama Faizal telah dikurniakan seorang cahaya mata namun usianya tidak panjang dan men1nggal dunia ketika masih bayi. Kini, mereka sangat bahagia bersama tiga lagi anak angkat yang dijaga sejak kecil.

Seronok melihat Abby dan suami kerana dikelilingi anak yang ramai. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Fatihah Faizal. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

