Artis / Selebriti
” Cantiknya nama, maksud dia pun bagus sangat.. ” – Netizen
Ainan Tasneem Kongsi Gambar Dan Nama Penuh Bayi Kembarnya. Alahai Sedapnya Nama, Baik Pulak Maknanya !!
Penyanyi yang popular dengan lagu Aku suka Dia iaitu Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan secara normal pada hari jumaat bersamaan dengan 18 Disember 2020 di Hospital Salam, Shah Alam.
Meninjau ke laman Instagram milik Ainan, telah dikongsikan gambar anak kembarnya tersebut. Kedua anaknya diletakkan di atas baby snuggle berwarna biru dan pink, simbolik warna bagi bayi perempuan dan bayi lelaki. Terukir juga sulaman nama pada baby snuggle tersebut.
Dalam kapsyen ditulis, Ainan telah memperkenalkan nama bagi kedua anaknya itu. Anak Ainan yang lelaki dinamakan sebagai Faqeh Nael dan manakala yang perempuan dinamakan Faeqa Naela. Kedua-dua nama yang berikan oleh Ainan mempunyai maksud yang sangat baik. Namun begitu, Ainan masih belum berkongsi wajah penuh anak kembarnya itu.

Selain itu jua, Ainan memohon pengikutnya mendoakan agar kedua anaknya membesar seiring dengan maksud nama yang diberikan dan mendoakan mereka berdua menjadi hamba Allah yang taat dan bertakwa serta menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Ikuti perkongsian di bawah :
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram milik Ainan mengucapkan tahniah kepada Ainan kerana mendapat anak kembar sepasang selain mendoakan agar kedua-dua anaknya akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Alhamdulillah.. Congratulations Ainan.. Cutenye twin.. sepasang kembarnya.. semoga dua2 membesar menjadi anak yg berjaya dunia akhirat.. “
” Waalaikumussalam baby faqeh nael, baby faeqa naela.. kakak salsabiela jaga adik2 elok2 tau.. selamat berp4ntang ummi ainan.. “
” Amin.. Congrats ainan.. untung ler dapat kembar sepasang.. MasyaAllah Tabarakallah.. membesar dgn sihat faqeh dan faeqa.. “
” Ya Allah comelnya nama tu.. Semoga faqeh dan faeqa membesar menjadi anak yg soleh solehah, sihat dan cerdas.. Ameen.. “
” Cantiknya nama.. Semoga membesar dengan sihat keduanya.. Aamiin.. Alhamdulillah tahniah.. Semoga membesar sihat keduanya, soleh dan solehah.. InshaAllah.. “
” MashaAllah alhamdulillah tahniah.. sedapnya nama.. maksud dia pun bagus sangat, semoga membesar jadi anak soleh solehah berjaya dunia akhirat.. “
” Wah sepasang.. tahniah ainan, selamat berpant4ng.. semoga nael dan naela membesar menjadi anak yang baik ..nael tu laki,naela tu perempuan.. ”
Beruntungnya Ainan mendapat kembar sepasang. Nama kedua-duanya pun sedap dan baik maknanya. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Ainan atas kelahiran bayi kembarnya dan mendoakan agar kedua-dua anaknya akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta taat kepada kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ainan Tasneem
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen

