Artis / Selebriti
” Cantiknya anak dar4 kak Jojie ni, cuteness 0verload.. ” – Netizen
Wajah Terkini Anak Jojie Aminuddin, Yang Maryam Yang Comel. Amboi Maryam Lagi Manis Dari ABC Senyuman Tu. Cute Sungguh Princess Mama Ni !!
Kelibatnya sering berdampingan dengan ratu r0ck lagenda negara, Ella. Siapa lagi jika bukan Jojie Aminuddin, kakak Ella yang juga merangkap pengurus Ella sendiri. Jojie walaupun sudah berusia awal 50-an, namun wajahnya kekal nampak muda dan berseri-seri.
Jojie mengahwini seorang usahawan yang juga pengurus acara bernama Syahrizal Ismail pada tahun 2015 yang lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang anak angkat pada penghujung tahun 2017 dan dinamakan sebagai Maryam Syahrizal.
Menurut portal Nona, Maryam diambil ketika baru berusia 2 minggu. Walaupun perbezaan umur antara Jojie dan Syahrizal agak jauh iaitu 14 tahun, namun mereka bahagia dan gembira bersama Maryam. Anak kecil ini yang semakin banyak telatahnya menyerikan lagi kehidupan mereka.

Meninjau akaun Instagram Jojie Aminuddin, telah dikongsikan sekeping gambar anaknya Yang Maryam bersama semangkuk ABC. Sweet sahaja kapsyen Jojie untuk puteri kesayangannya ini dan Maryam memang nampak lebih manis dari ABC seperti kata Jojie.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah comel Maryam ini mendapat pujian peminat malahan ada juga yang mengaitkan Jojie dengan maskot ABC kerana kapsyen Maryam bersama ais batu campur ini. Antara komen-komen mereka :
” Jelitanya maryam nie, comel sangat.. “
” Adakah k. Jojie pemilik maskot Abc dlm the masked singer malaysia.. “
” Cantiknya anak dar4 kak jojie ni, cuteness 0verload.. “
” Comel laa awak, cantik macam mommy.. “
” Besar dah Maryam, comey muka cikyam.. “

Maryam sudah semakin besar dan manis seperti Jojie. Senyuman Maryam itu boleh menawan hati sesiapa yang melihatnya. Apa pun, semoga Maryam sentiasa dilindungi Allah, menjadi permata hati ayah ibu yang solehah dan sentiasa berbakti kepada semua apabila dewasa nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jojie Aminuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

