Artis / Selebriti
” Cakra Khan pun nak healing, haha. Bestnya, sedap versi Cakra ni.. ” – Netizen
Video Nyanyian Lagu Malampagi Cakra Khan Di Konsert Cakra Khan A Decade Buat Ramai Terhibur. Wah Jadi Lain Lagu Ni Bila Cakra Nyanyi, Siap Joget Lagi. Sedap Pula Dengar Versi Cakra Ni !!
Sebagaimana yang telah dirancangkan, konsert Cakra Khan A Decade In Kuala Lumpur telah pun berjalan dengan jayanya semalam. Persembahan yang mantap daripada Cakra sendiri dan artis-artis jemputan membuatkan ramai yang berpuas hati berhabis untuk ke konsert Cakra ini.
Meninjau akaun Tiktok Astro Awani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cakra menyanyikan lagu healing viral di kalangan warganet iaitu Malampagi dendangan asal Saixse. Dek kerana konsert ini adalah konsert orkestra, bunyi muzik iringannya berbeza dengan muzik asal lagu tersebut.
Orkestra pimpinan Datuk Ramli MS ini juga menambahkan lagi kesedapan mendengar di halwa telinga. Harmoni sahaja susunan muziknya dan ketika Cakra mula menyanyikan lagu ini, ramai yang mula bersorak. Wah Cakra pun hendak healing juga yer, menyanyi lagu artis Malaysia pun tetap sedap bunyinya.

Enjoy sungguh Cakra menyanyi lagu ini dan penonton juga turut sama terhibur melihatnya. Siapa sangka Cakra akan mempersembahkan lagu ini di konsertnya itu. Nampaknya Cakra juga maklum dengan lagu viral yang menjadi siulan ramai anak muda ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@501awani Macam kenal je lagu yang Cakra Khan nyanyi ni 👀👀 #AWANInews #SembangEntertaiment
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cakra Khan pun nak healing haha.. bestnya sedap versi Cakra ni.. Puas semalam tengok, next CakraXJudika pulak.. ”
Baik versi asal mahu pun versi Cakra, dua-dua pun sedap didengar. Dengan suara husky Cakra itu, sesuai juga lagu sebegini dengan vokal Cakra. Selain lagu ini, banyak juga lagu hits Cakra dinyanyikan semalam bersama artis-artis jemputan lain antaranya Dayang Nurfaizah.

Apa-apa pun, selesai sudah konsert Cakra Khan A Decade In Kuala Lumpur dan hasilnya penonton sangat berpuas hati dengan semua persembahan yang disajikan. Semoga Cakra Khan terus maju jaya dalam karier dan teruskan berkarya demi peminat yang menyayangi Cakra Khan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



