Artis / Selebriti
” Cakap orang putih macam mommy dia, comel dengar.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Video Sedang Berborak Bersama Anaknya, Wan Maryam. Telatah Cik Yam Yang Pandai ‘Speaking’ Cur1 Perhatian Peminat. Wahhh Bijaknya Cik Yam, Comel Cara Dia Cakap !!
Kisah antara FizoOmar dan bekas isterinya, Mawar Karim sering kali mendapat perhatian umum. Meskipun sudah tidak lagi bergelar pasangan suami isteri, tindakan mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak perempuan tunggal mereka, Wan Maryam mendapat pujian ramai.
Mereka berdua bergilir-gilir dalam menjaga puteri kesayangan mereka dan Fizo mahupun Mawar dilihat begitu bekerjasama dalam mengendalikan hal anak mereka itu. Fizo mahupun Mawar sering berkongsi aktiviti mereka bersama anak di laman media sosial.
Terbaru, menerusi akaun Instagram Fizo telah berkongsi satu video yang memaparkan dia bersama anaknya sedang berbual di dalam kereta. Wan Maryam atau panggilan manjanya, Cik Yam kini sudah petah bercakap malah sudah pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Dalam video itu juga, sempat Fizo menyak4t Cik Yam, aksi dua beran4k ini mencuit hati bagi sesiapa yang menonton kerana Cik Yam sudah bijak berborak dengan Fizo. Terselah kasih sayang antara dua beran4k ini, dan dilihat Cik Yam begitu manja dengan bapanya.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini:
Di ruangan komen, ramai yang memuji cara Cik Yam bercakap bahasa Inggeris. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bijak Cik Yam, dah besar dah, boleh jadi kawan papa, makin comel dah besar ni, jadi anak yang baik ya Cik Yam.. “
” Amboi seronok dengan Cik Yam cakap, bijak betul dia sekarang, cara cakap orang putih tu dah pelat penang.. “
” Cik Yam ni memang sebijik mcm mommy dia, dengar dia cakap pun dah tau, bijak sungguh Cik Yam.. “
” Bagus cara mommy Mawar didik anak, semoga anak ini menjadi anak yang solehah buat Mawar dan Fizo.. “
” Manjanya dia cakap, halah-halah so sweet betul, dah pandai speaking sekarang yer Cik Yam, belajar bagi pandai2 tau.. “
” Makin besar, makin comel Cik Yam ni, beruntung Fizo ada anak dara bijak dan comel, selamat bercuti dengan papa yer Cik Yam.. “
” Allahu, Cara Cik Yam cakap orang putih macam mommy dia, comel lah si kecik ni, nampak matang Cik Yam sekarang.. “

Bijaknya Cik Yam bercakap yer sekarang, comel jer dengar dia speaking dengan daddy dia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Cik Yam membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

