Artis / Selebriti
” Buat macam ni pun salah ke? Apa pun tak boleh oiiii.. ” – Rita Rudaini
Video Rita Rudaini buat Trend TikTok bersama anak sulung, Airit Rayyan Rizqin dan rakan -rakan anaknya tetapi dikecam oleh netizen. Alahai, seronok je tengok moment macam ni. Kenapa pulak ada yang kecam..
Pelakon terkenal, Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuatnaik video TikTok sedang melakukan trend tarian bersama anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, serta beberapa pelajar lain yang merupakan rakan-rakan sekolah anaknya dari MRSM.
Video tersebut memaparkan Rita yang kelihatan ceria dan santai menari dengan penuh semangat di atas padang beramai-ramai dalam keadaan cuaca yang panas terik. Video ini nampak sangat seronok dan Rita sangat sporting melayan anak-anak remaja.
Ada netizen memuji keakraban ibu dan anak itu serta melihat sisi Rita yang sporting dan terbuka, namun ada juga yang mengecam tindakannya. Mungkin ada netizen yang bermesej secara personal kepadanya sehingga Rita mengeluarkan kapsyen seolah-olah apa yang dilakukan olehnya merupakan satu kesalahan.

Namun begitu, ramai juga yang tampil mempertahankan Rita, menyatakan yang beliau hanya meluangkan masa dengan anak dan rakan-rakan anaknya dalam suasana yang terkawal, tanpa unsur-unsur yang melampau atau tidak senonoh.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Patut nampak semalam meriah di padang. sporting anak² ni tengah hari rembang kat padang. 👏🏻 kami amek port lepak bawah pokok tepi padang je. Semua f4 ke sis? “
” Puas scan mana mommy.. ahhaha da mcm rakan sebaya je.. mommy diaa dah berjayaa didik anak2 tanpa seorang suami disisi .. hebattt sgt .. “
” Paling suka laaa kalau ada mak mcm ni serius best! Sebab saya pun camni .. Yg si kecil pakai topi pun tak kurang hebat..nasib sbb semua pegi rehearsal.. “
” Alaaaa mak pun….. nmpk sebaya. Perasan mami terselit tu sbb mami tinggi hahaaa.. Mommy dah jadi Rakan sebayaaa,cute je.. “
” Kami Mama papa kena paksa main tt dgn anak2..sib baik step senang .. Panaih lit lit baq hangg! Mujoq pki baju putih.. hehehe .. “
” Aku dok mncarik lh mana mummy die baca komen bru thu comel je mummy disitu.. Biaq pi depa la nak kata apa… Yg penting Anak2 tahu jaga adab Dan batas, hormat org tua.. “
” Ok je , ank2 remaja perlu enjoy jugak .. selagi x mlmpaui btas xde salahnya.. Okay je untuk cipta kenangan manis bersama selagi hayat dikandung badan.. “
Apa-apa pun persepsi orang ramai terhadap Rita, moment kebersamaan antara Rita dan anaknya menunjukkan betapa pentingnya peranan seorang ibu dalam membentuk hubungan kekeluargaan yang positif mengikut arus kemodenan masa kini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

