Artis / Selebriti
” Bos kecik tanya ‘ni apa, ni apa’, comel je haha.. ” – Netizen
Video Terbaru Siti Aafiyah Bersama Ibu Saudaranya, Rozi Abdul Razak Raih Perhatian Peminat. Amboi Baby Kecil Ni, Rajin Betul Bertanya. Lembut Je Suara Rozi Terangkan Pada Aafiyah !!
Siti Aafiyah adalah satu nama yang tidak as1ng lagi bagi kita. Anak sulung kepada panyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza ini bakal bergelar seorang kakak tidak lama lagi. Pada bulan Disember tahun lalu, Dato’ Siti telah mengumumkan berita kehamilan keduanya.
Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram ibu saudaranya Aafiyah iaitu Rozi Abdul Razak yang juga merupakan pengurus kepada Dato’ Siti, telah dikongsikan video terbaru Aafiyah. Jika anda mengikuti akaun Instagram Rozi, Rozi agak jarang berkongsi mengenai Aafiyah kecuali pada hari-hari istimewa seperti hari lahir Aafiyah.
Dalam video yang dimuatnaik itu, Aafiyah bertanya gambar lukisan yang terdapat dalam kertas yang ada di tangannya. Kedengaran suara Rozi yang begitu lembut menerangkan kepada Aafiyah. Menurut Rozi di ruangan kapsyen, kanak-kanak seperti Aafiyah memang suka bertanya.

Tambah Rozi lagi, setiap kali menunjukkan gambar untuk rujukan gaya, setiap kali itu jua Aafiyah akan meminta ibu saudaranya yang dipanggil Mak Rozi ini untuk menerangkan satu persatu. Namun Rozi tetap melayan pertanyaan Aafiyah walaupun telah ditanya berulang kali.
Perkongsian Rozi mengenai Aafiyah ini meraih perhatian ramai. Lihat sahaja cara Rozi melayan Aafiyah dengan penuh kelembutan seperti anaknya sendiri. Antara komen-komen netizen :
” Hihi bagus Mak Rozi explain lembut jer sabar melayan. Masha Allah Pandainya Siti Aafiyah.. Baby boss ni comel haha.. “
” Ank2 yg banyak bertanya.. cerdik. sy pun suka melayan ank2 bercakap. sbb nk tgk jauh mana cara pemikiran ank2.. “
” Pandainyee mak rozi. Faham dah aafiyah. Bijak sgt.. Aafiyah bijak. menghiburkan hehe.. Siap suruh minum air dulu. Omelnyaaaaa to the max.. “
” Cantik cerdik pandai aafiyah ni… comel jer.. Ada Mak Rozi yang baik hati n bijak n terbaik buat anak sedaranya.. “
” Ger4m Aafiyah cerdik. pandai mak rozi bagi penerangan.. budak cerdik suka bertanya.. kenalah jawab.. “
” Hahaha bos kecik tanya ‘ni apa ni apa’ haha comel la. Comelnye suara mak sedara tu ye hehe.. “
” Haishh rambut tu rambut tu mcm ibu awal2 kemunculan dulu.. gerammnyaaaa.. Nampak gaya macam kak zee bakal pengurus afiyyah. Andasudah bersediaaaaa ? Mari kita mulakannnnn.. “
Kanak-kanak yang dalam proses membesar seperti Aafiyah pastinya banyak perkara yang ingin diketahui dan diterokai olehnya. Ini adalah salah satu proses pembelajaran. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan berjaya dengan cemerlang di dunia dan juga akh1rat. Amin..

Silakan SHARE…
Sumber : IG rozisangdewi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

