Artis / Selebriti
” Bila tahu je mak dah tak ada, terus rasa dunia gelap gelita.. ” – Khai Bahar

Perkongsian Khai Bahar Mengenai Detik Ketika Pemergian Arwah Maknya, Rosnah Mohd Buat Ramai Sebak. Pengakhiran Mak Khai Yang Sangat Indah. Meleleh Air Mata Baca Cerita Khai. Moga Mak Khai Tenang Di Sana !!
Bukan mudah untuk menerima kenyataan insan tersayang pergi buat selama-lamanya, lebih-lebih lagi insan bergelar mak. Khai kini dalam fasa berduka apabila maknya, Rosnah Mohd kembali ke rahmatullah secara tiba-tiba pada beberapa hari yang lalu.
Menerusi akaun Instagram Khai Bahar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kenangan Khai bersama ibunya ini. Banyak gambar dan video mereka bersama semasa hayat mak masih ada. Luahan Khai juga menjentik hati dan membuatkan warganet ikut sayu.
Khai berkongsi kisah malam ketika maknya itu dijemput Ilahi. Adik beradik Khai ada menjaga mak di rumah dan pemergian mak juga mengejutkan semua yang ada di rumah. Tiada sebarang tanda, mak pergi secara tiba-tiba dengan cukup mudah dan tenang.
Kesalan Khai cuma satu, tidak sempat bertemu mata dengan maknya itu kali terakhir. Baru sahaja Khai pulang minggu lalu menyambut hari lahir mak, dan hari ini mak sudah pergi untuk selama-lamanya. Sedih melihat Khai menangis di sisi jenazah maknya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Menangis lah khaibahar94 sebab kita hanya manusia yg lemah.. kehilangan org yg kita paling sayang dalam dunia ini seolah hilang nyawa sendiri.. kuatkan diri kerana hidup perlu di teruskan.. byk sedekahkan doa buat arwah mak.. khai anak baik bertuah mak ros lahirkan awak ke dunia ini.. ”
” Sedihnya, sabar ya Khairul. Al fatihah untuk mak Ros. rindu yg tiada penghujungnya.. hanya doa anak2 yg mengiringinya .. hang in there n stay strong Khai.. insya’Allah.. ”
” Khai anak soleh Mak Ros. Arwah definitely always so proud of you. Khai terus kuat ye.. x bleh dgr lgu ratuku ni.. sedih .. khai kena kuat tau. smua syg khai.. ”
” Arwah pergi dgn tenang.. Jannah InsyaAllah. Moga semua yg ditinggalkan diberikan ketabahan. Khai kami yg sgt baik & berbakti, terus kuat ya.. ”
” Masya Allah bisa sekuat ini. saya yakin sekali, mak ros tak gagal mendidik anak2 beliau sampai menjadi anak yang sholeh sholehah… Al Fatihah buat mak Ros tersayang.. ”
” Redho kan pemergian dan titipkan alfatihah setiap kali ingat arwah mak ye. Kami semua sentiasa di belakang Khai. Keep strong ya. Nnti jumpa k. Khai rehat la dulu tenangkan hati. Insyallah semuanya dipermudahkan.. ”
” Be strong khai.. kami tau khai anak yang baik sentiasa nak bahagiakan mak.. Sedih tengok video ni.. ajal m4ut kite x dpt nk duga.. mmg xkn semua org dpt tatap buat kali terakhir walau yg ade dkt.. semua ade hikmah.. terus kuat ok.. ”
Allah lebih menyayangi Mak Ros dan perginya cukup mudah. Semoga Khai dan adik beradik redha dengan pemergian mak tersayang dan sentiasa menitipkan doa untuk mak. Terus kuat Khai untuk mengharungi kehidupan selepas ini tanpa insan bernama ibu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Khai Bahar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Hari ni Amayan suppose to promote tapi Amayan dah lupa diri.. ” – Yusoff Al Qardawi
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen