Artis / Selebriti
” Bila pakai outfit biasa, sampai tak kenal ni Aina Abdul. Nampak lain dan cantik lah.. ” – Netizen
Video Aina Abdul Tampil Ringkas Tanpa Makeup Dan Memakai Tudung Sarung Raih Pujian Ramai. Eh Betul Lah, Nampak Lain Terus. Dah Macam Budak Sekolah, Cantik Sangat Aina !!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi Aina Abdul, selain memiliki vokal yang mantap, Aina juga dikenali kerana gemar menggayakan fesyen futuristik. Apabila Aina menjayakan persembahan pentas atau muncul di mana-mana anugerah hiburan, pasti fesyennya akan menjadi perbualan orang ramai.
Sekarang, Aina sedang sibuk menjadi juri untuk program Big Stage musim kelima (BS5) dan pada setiap minggu netizen tidak sabar untuk melihat penampilan yang digayakan oleh Aina. Terbaru, meninjau akaun Instagram Berita Kopak telah mengulangsiar satu video Aina yang telah diambil menerusi akaun Tikt0k Aina.
Menerusi video itu, kelihatan Aina mengenakan jubah serta tudung sarung berwarna hitam. Selain itu, Aina turut tampil tanpa mengenakan sembarang make up di wajahnya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian para peminat Aina.

Ramai yang mengatakan hampir tidak mengenail Aina apabila mengenakan fesyen simple sebegini. Bukan itu sahaja, ada yang menyakat Aina kelihatan lebih muda seperti budak lepasan sekolah menengah. Sehingga kini, video Aina telah menerima ratusan tanda sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton di video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Aina dan memuji penampilan Aina yang kelihatan cantik. Antara komen-komen warganet adalah :
” Bila pakai outfit biasa, sampai tak kenal ni Aina Abdul. Nampak lain dan cantik lah.. Sekali pandang macam baru lepas ambik result SPM.. “
” Eh adik Aina ke ni, hehehe nampak muda sangat ni.. Ciuttt dia, next week pakai tudung sarung lah Aina, beratur orang nak masuk minang.. “
” Ni paling simple sederhana setakat ni, sampai kita pun tengok tak cam Aina ke atau orang lain.. Hehehe.. “
” Haaaaa camni kan segak.. Manis ja.. Tenang ja tengok.. Cantik je bila dengan tudung souk Aina.. MasyaAllah.. “
” Cantik Aina without make up dengan pakai outfit yang biasa2.. You look younger and so cute Aina.. Love sangat tengok.. “
” Ingat twin Aina budak spm.. Larhhhhh rupanya Aina betul lah.. Aduiiiiii laaa.. Keputusan spm berapa adik, hahahaa.. “
” Pakai tudung sarung pun cantik Aina.. Nampak simple and elegant sangat.. Ada beg kuning tak, hehe nk beli Aina.. “
Memang betul apa yang dikatakan oleh warganet, hampir tak mengenali Aina dan Aina nampak lebih muda gara-gara dirinya menggayakan fesyen simple seperti ini. Apa-apa pun semoga Aina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan segala urusan Aina dipermudah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG beritakopak, ainabadul, Tiktok ainaabdul20
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

