Artis / Selebriti
” Bila Hayder letak tangan kat pinggang, sebijik papa dia. Garangnya abang oii, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Eyra Hazali, Hayder Qhalish mengajar adiknya, Endra Haqimie mengira buat ramai terhibur. Amboi, garang betul Abang Hayder. Adik salah sebut, terus abang cekak pinggang marah adik. Abang-abang sangat ni Hayder, hehe..
Gelagat anak-anak Eyra Hazali dan Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish dan Endra Haqimie seringkali mencuri perhatian warganet. Kedua-duanya berwajah comel dan ada sahaja telatah mereka yang mencuit hati ramai, lebih-lebih lagi anak sulung mereka, Hayder.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eyra Hazali, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hayder dan Endra di rumah. Kelihatan Hayder sedang mengajar Endra mengira nombor. Hayder menggunakan jari jemarinya sebagai alat mengajar Endra.
Endra pula anak murid yang baik dan mengikut sahaja arahan abangnya itu. Nombor 1, 2 dan 3 disebut dengan betul oleh Endra, namun apabila Hayder menunjukkan isyarat 4 jari, dengan yakin Endra menyebut nombor enam. Mendengar adiknya menyebut nombor yang salah, terus berubah wajah Hayder.

Mendengar jawapan Enda, lantas Hayder mencekak pinggangnya. Hayder bertanyakan kepada Endra, adakah Endra mahu abang marah-marah lagi. Pertanyaan Hayder itu dan ekpresi wajah yang ditunjukkan menggeletek hati warganet. Ini memang betul-betul gaya papa Haziq.
Jom tonton video di bawah :
@eyrahazali21 “Nak abang marah marah lagi ke?”
Lebih 100 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dulu selalu tgok bapaknya yg marah dia lagutu , skrg turun kat dia buat kat endra pulak.. lagutu juga gaya bapak dia.. Kerja nak marah adik je abang ni.. “
” Bila hayder letak tangan kat pinggang sebijik papa dia.. Garangnya abang oiii haha.. majulah anak sulung untuk negara haha.. kemain dia warning adik dia. Padahal dia dulu “hayder bin tak payah marah”.. “
” Amboi garangnya cikgu Hayder ni.. marah pun comel abang ni. gaya marah sebijik cara pak dia.. banyak haziq dalam ni.. comel la dua beradikkk niii geramm jee tengok.. “
” Abang hayder bin tak payah walaupun marah tapi tetap sayang dengan adek dia. macam marah depan cermin je.. Garangnya Cikgu Hayder Bin Tak Payah… Mesti anak murid dia bertambah pandai… Hensem pulak anak dan cikgu ni.. “
” Garang betul Hayder bin x payah ni haha.. ada gaya marah macam papa dia hehe.. adik dah buat muka sayu mintak bantuan talian hayat tu haha.. “
” Garang betul abang ni.. ikur perangai mama ni haha.. gaya Hayder memang seorang abang sulung yang tegas.. comel je tengok dua beradik ni.. sama-sama cute.. “
” Rasa geram dapat abang garang macam ni.. dah mcm papa dah dak abg letak dkt pinggang. abang abang sangat.. aduhaii comel sungguh .. “

Alahai garang sungguh Abang Hayder apabila mengajar adik Endra. Gaya Hayder marah seperti gaya Haziq dalam video-video yang dikongsikan sebelum ini. Memang anak papa sangat lah Hayder ini. Apa-apa pun, semoga Hayder dan Endra membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang bijak dan berjaya dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eyra Hazali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

