Artis / Selebriti
” Bila anak kau hantar video nasihat macam ni, tak tahu nak ikut ke nak gelak.. ” – Amar Baharin
Amar Baharin Kongsi Video Pesanan Khas Daripada Anaknya, Aqeef Anaqi Kepadanya. Wah Anaqi Dah Big Bog, Pandai Bagi Pesanan Khidmat Masyarakat Lagi Pada Daddy. Part Last Tu Memang Lucu Lah Anaqi !!
Kisah kehidupan pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sentiasa mencur1 perhatian peminat. Dianugerahkan Allah 2 orang cahayamata yang comel bernama Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa, keluarga kecil ini sentiasa nampak gembira dan bahagia.
Meninjau akaun Instagram Amar Baharin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Anaqi sedang bermain kereta mainannya bersama Aryssa. Amyra merakamkan telatah Anaqi yang bertanyakan kepadanya di mana daddy.
Anaqi yang petah bercakap ini mula membuat pesanan kepada Amar. Ayat yang keluar daripada mulut Anaqi begitu menghiburkan dan mencuit hati. Antara pesanan Anaqi kepada Amar supaya memandu dengan selamat dan tidak mengambil gambar.

Amar yang menulis di kapsyennya yang Amar sendiri tidak tahu sama ada hendak mengikut pesanan Anaqi atau gelak kerana ayatnya begitu kelakar di hujungnya. Good advice betul Anaqi beri tapi part last membuatkan Amar sendiri tidak tahan untuk ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Anaqi yang memberi pesanan kepada daddy nya ini mencuit hati peminat. Amboi abang Anaqi sempat lagi suruh subscribe. Antara komen-komen peminat :
” Aduhhhh kuah nk tumpah ke mana lagi, bijak nya anaqi. Clever and cute boy yang last tu sempat. Subscribeeee hahaha tetiba abg pun.. ”
” Lol.. bab subscribe tu sempat promo eh. cute lah dia, bijak nya anaqqi. Sweet anaqi, Daddy… Cool… Subscribe.. ”
” Alahai clever boy.. so funny aqeef anaqi. Adoi abang sweet ekkk. Tiba tiba subscribeee tergelak dengar Anaqi sayang.. ”
” Alahai anaqi sayang. So cute and clever boy. Comel sgt haha so bijak pintarr. Alalala comel anak abg dgn akak. Last tu dont forget to subcribe shoooo cuteeeee.. ”
Cerdik sangat mulutnya Anaqi ini, sweet sangat minta daddy take care. Sejak ada channel Youtube sendiri kini, sudah pandai promote. ‘Banyak mulut’ sama macam daddy dan mommy jugaklah Anaqi sampai Amyra sendiri tergelak kuat mendengar ayat akhir Anaqi itu.

Apa pun, pesanan Anaqi untuk Amar itu memang bagus. Memandu dengan berhati-hati dan tidak bercakap menggunakan handphone ketika memandu. Semoga Anaqi menjadi anak yang bijaksana, yang soleh dan sentiasa menggembirakan hati daddy dan mommy. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amar Baharin, IG Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

