Artis / Selebriti
” Bijaknya awak Khawla, geram dengar dia bercakap. Pandai pula tu sebut experiment.. ” – Komen Netizen
Video Anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha Ingin Membuat Satu Experiment Buat Ramai Terhibur. Alahai Petah Betul Khawla Bercakap. Part Khawla Cakap ‘ Are You Ready Guys ‘ Tu Ramai Yang Geram. Dah Macam Buat Channel Youtube Sendiri, Comel Sangat !!
Kelincahan dan keletah anak sulung pasangan selebriti, Syamel dan Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha sering menjadi perhatian warganet. Bukan hanya Syamel dan Ernie, malah si kecil ini yang lebih mesra dengan panggilan manjanya, Lala mempunyai peminat sendiri di media sosial.
Ada sahaja video yang dikongsikan mengenai Khawla membuatkan ramai terhibur melihat telatahnya. Meninjau di akaun TikTok milik fans Ernie, telah dikongsikan video yang memaparkan Khawla ingin membuat satu experiment mainan yang baru dibelinya. Keterujaan wajah Khawla menerusi video tersebut sekali lagi menjadi perhatian.
Meskipun baru berusia 2 tahun, Khawla seorang kanak-kanak yang sangat petah bercakap. Khawla memberitahu kepada penonton yang dirinya ingin menunjukkan cara bagaimana membuat experiment dan berharap semuanya dapat menunggu kesudahan video tersebut. Ada peminat mengatakan teruja mendengar Khawla menyebut perkataan ‘ experiment ‘ .
Bukan itu sahaja, gaya Khawla juga dilihat begitu mencuit hati. Sehingga kini, video Khawla ini telah ditonton lebih 70 ribu tontonan dan menerima ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Comel sungguh anak Syamel serta Ernie ini, semuanya mahu dilakukan sendiri.
Tonton video di bawah ini :
@secretlover.ez Lala si comel🥰 #fypシ #erniezakri #syamel #syamelernie #nurkhawlasoleha #khawla #ernienators #menduniaez #ernieshineshineshine
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai gelagat Khawla dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bijaknya awak Khawla, geram dengar dia bercakap. Pandai pula tu sebut experiment.. Semoga Khawla membesar dengan sihat, dijauhkan drpd malapetaka dan jadi anak yang baik kepada mak ayah.. “
” Kenapa awak sangat cute Khawla. Geram nengok nyer. Rsa nk cubit2 lh. Semoga lala sentiasa mnjadi anak yang baik Khawla… Aamiin… “
” Bijaknya awak Nur Khawla Soleha.. Gerammmm betul dengar dia bercakap.. Comel sangat.. Versi Kak Nanie ni, hehehee copy paste betul.. “
” Subhanallah.. Comel2 sgt ni Lala.. Bijak cerdik lak tu.. ILU Lala.. Suka sangat tengok video Lala, acik peminat Lala tau, hehehe.. “
” Yea ke dh ready ni smart girl.. Pandainya.. Ank sapa ni.. Hehe.. Cuba letak Lala sebelah Rina.. mMesti org ingat kembar.. Comel sangat, hehe.. “
” Ya ampun, budak kenit ni. Geramlah, comel sangat. Lala semoga membesar menjadi anak yg solehah buat ibu dan daddy dan bijak ya sayang.. “
” Hihi Lala cute.. Eksperimen eh.. Kecik² dh pandai sebut word eksperimen.. Hahaha.. Kecik2 dah cerdik sangat.. Nanti dah besar mesti pandai.. “
Alahai Khawla, gayanya bercakap sudah seperti tengah buat video channel sendiri lah Khawla. Tak lekang senyuman si comel ini bila berceloteh, ramah seperti ibunya. Apa-apa pun, semoga Khawla terus membesar dengan sihat, menjadi anak solehah, taat serta berbakti kepada ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok secretlover.ez, IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen