Artis / Selebriti
” Betapa dahsyatnya seorang Siti Nurhaliza, sesak-sesak pun dia masih senyum.. ” – Komen Netizen
Hargai hadiah daripada Sitizoners sempena hari lahirnya, video Dato’ Seri Siti Nurhaliza sanggup turun ke Bukit Bintang raih perhatian ramai. Wah, hebat sungguh auro Tokti kena serbu dan kerumun macam tu. Tetap layan peminat walaupun bersesak-sesak..
Meninjau ke dua akaun Tiktok iaitu Siti Nurhaliza dan Cteafairuz, perkongsian video ketika Dato’ Seri Siti turun ke Bukit Bintang bersempena ulangtahun kelahirannya yang ke 46 tahun pada 11 Januari telah meraih perhatian ramai orang.
Dato’ Seri Siti menerima hadiah yang cukup istimewa daripada kelab peminatnya iaitu Sitizoners iaitu tayangan video di papan iklan Bukit Bintang. Sebanyak 6 buah video dan ia dimainkan berulang kali dari 9.30 malam sehingga 11.30 malam.
Dato’ Seri Siti amat menhargai hadiah yang diberikan sehingga sanggup turun menonton sendiri di sana dan dikerumuni oleh para peminatnya. Ramai peminat turut mengambil peluang untuk merakamkan video secara dekat dan mengambil selfie bersama Dato’ Seri Siti.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dato’ Seri Siti mempunyai aura yang cukup hebat dan ia sangat sesuai dengan gelaran yang disandangnya kini iaitu Biduanita Negara.
Jom tonton video di bawah :
@toktitiktok 11 Januari 2025, hadiah istimewa Sitizoners di hari lahir saya. Terima kasih sekali lagi untuk 6 versi video yang berbeza yang ditayangkan berulang kali dari 9.30 malam sehingga 11.30 malam. Saya sayangkan anda semua! ❤️❤️
@cteafairuz Lady boss turun bukit bintang!! 😍😍😍 #sitinurhaliza #happybirthday
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan netizen termasuk ucapan hari lahir. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tokti pakai tudung apaa hmm tolonglah sesapa yang tau .. the real bintang paling popular.. Macam manalah rakyat tak sayang beliau.. “
” Betapa dahsyatnya seorang Siti Nurhaliza. The ONE AND ONLY! Happy birthday Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Biduanita Negara.. “
” Please tokti bt open konsert kt bkt bintang ..jd kesinambungan open konsert sudirman di chow kit suatu masa dulu.. ini real terkenal satu bukit bintang.. “
” Alhamdulillah..event kedua berjaya untuk Siti Nurhaliza.. terima kasih datang ke bukit bintang.. MALAYSIA SWEETHEART.. Sesak2 pun dia masih senyum’ lurve yee toktii.. “
” Setiap kali besday anak saya, 11.1.mesti ingt besday tokti sekali. sama besday ng tokti.. Barakallah fii umrik Dato’ Sri Siti We share the same birthday month.. “
” Happy birthday tokti. Sy n mak sy pon bulan January. 21hb. Mak 3hb.Nmpak tokti kt parking ofis hritu tp segan nk tegur. Senyum dr jauh je.. “
” Dh masabila pulak tokti balik sni last baru je tgok tokti kt dubai ahahahaha jauh kne tinggal aku ni. Dekat je ngn opis kalau mcmni hari2 la aku nk gi keje manatahu tokti dtg knp tak bgtau.. “
Wah, cukup ramai para peminat Dato’ Seri Siti seperti satu lautan manusia datang ke Bukit Bintang. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Dato’ Seri Siti. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok SitiNurhaliza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen

