Artis / Selebriti
” Bestnya Khai dan Kak Lina menyanyi lagu ni, memang lunak betul.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein berduet bersama Khai Bahar menyanyikan lagu Ziana Zain raih pujian ramai. Wah gabungan duet yang padu. Part Khai tarik tinggi tu pun mantap..
Meninjau ke akaun Instagarm Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Elly Mazlein dan Khai Bahar berduet bersama telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Ziana Zain berjudul Bersama Akhirnya.
Sememangnya setiap minggu ada sahaja artis pilihan Elly untuk berduet bersamanya. Kali ini Khai menjadi pilihan sebagai rakan duet Elly. Walaupun lagu ini merupakan lagu Ziana, namun apabila dijadikan lagu duet ia tetap sedap. Khai juga boleh menyanyikan lagu ini dalam versi lelaki dengan baik.
Seperti selalu, nyanyian Elly sememangnya tidak pernah menghampakan. Apa sahaja genre yang dibawakan oleh Elly sangat sedap, apatah lagi genre balada yang sememangnya sinonim dengan Elly. Ini kerana lagu-lagu Elly kebanyakkan bergenre balada.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Vokal Khai juga tidak dinafikan cukup sedap walaupun Khai menyanyikan lagu ini secara bersahaja dan gelagatnya yang masuk air.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Elly dan Khai. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Wow bestnya khai n akk lina nyanyi lagu ni terbaik lah.. BGI LGU APA SJA UNTK KHAI CVER MNG TERBAIK N SDAP.. “
” Kepom iamellymazlein ni mmg lunak bethol suaranya. Nyanyi lah lagu apa pun. khaibahar94 org senegeri hebattr.. “
” Sedapnyer kak lina nyanyi lagu ni.. Arghhhh lurveee. Falsetto Khai Bahar Kak Lina mmg no syatu.. mohon kak lima masuk ajl kompom juara.. “
” Walaupun dah 30 tahun lagu ni cuma Ziana Zain sorang saja yg dapat membawa lagu ni dgn sempurna Walaupun di turunkan key ke…cuma Kak Gee je yg dapat hidupkan jiwa & roh lagu ni… “
” Abang khaibahar94 duet bersama Kak Lina Pom Pom iamellymazlein menyanyikan lagu Bersama Akhirnya daripada Kak iamzianazain.. “
” Kak lina duet lagi sm rina rose.. suara pompom mmg sedap , layan lagu dia bunga bakawali smpai skrg.. si pompom ni tlg laa buatkan lagu baru utk dia . suara best ooo.. “
” Suara muka kak lina pompom sebiji erkk macam elly mazlein.. Sedap suara kak kepom. Dah boleh jadi penyanyi dah kak kepom.. “
Memang love sangat versi Elly dan Khai ini. Lagu apa pun jika dibawakan oleh penyanyi yang bersuara lunak dan merdu sememangnya akan menjadi cukup sedap. Selepas ini siapa pula selebriti pilihan Elly Mazlein untuk menjadi rakan duet seterusnya..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

