Artis / Selebriti
” Berdekah aku gelak, otak geliga boleh buat batu cincin Shuk ni, haha.. ” – Netizen
Video Podcast Antara Shuib Sepahtu Bersama Shuk Sahar Dan Team Okletsgo Buat Ramai Terhibur. Part Shuk Dedah Shuib Pernah Sedekah Duit RM10 Ribu Kat Dia Tu Lawak. Dan Dan Dia Menyelit Agenda Sendiri. Nasib Shuib Cepat Tangkap, Haha !!
Menerusi akaun Tiktok okletsgo.sg, telah dikongsikan satu video yang memaparkan podcast antara Shuk Sahar dan team Okletsgo bersama Shuib Sepahtu. Lokasi rakaman pula dilakukan di kedai Shuib sendiri dan suasana lebih kelihatan santai.
Menerusi video ini, Shuk membuka cerita mengenai kebaikan yang selalu Shuib lakukan dahulu yang mana setiap pagi Shuib akan belanja guard sarapan pagi. Shuk juga mengakui dia banyak belajar daripada Shuib perkara-perkara yang baik dan membawa manfaat untuk orang lain.
Menurut Shuib, ini antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan sehingga kini dan sudah seperti perkara wajib baginya. Shuk pula menyambung dan berkongsikan satu rahsia Shuib iaitu Shuib pernah bersedekah sebanyak RM10,000 kepadanya dahulu.

Mendengar ayat RM10 ribu itu, terus Shuib ketawa dan mengatakan sampai sekarang Shuk tidak membayarnya. Rupanya Shuk pernah dipinjamkan wang tersebut oleh Shuib dan berjanji akan membayarnya apabila dia sudah mempunyai wang. Alahai lawak Shuk, boleh disangkanya sedekah, walhal pinjam sebenarnya, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@okletsgo.sg @Shuib Sepahtu sedekah sampai RM10,000 kepada yang memerlukan 🤐 PODCAST PENUH DI SPOTIFY ➡️ OKLETSGO ❤️💛💚 #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #fypmy #podcast #radio #viralmalaysia🇲🇾 #shuksahar #gempakviral #shuibsepahtu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia pancing dulu, last-last mintak halal haha.. Si0t lah Shuk haha, berdekah aku gelak tengok part shuk ni.. otak geliga boleh buat batu cincin Shuk ni haha.. ”
” Puji dulu member haha, angkat punya angkat, lepas tu slow slow mintak halal haha.. dia punya masuk smooth tu haha.. ”
” Crack habis lah episod ni.. suka tengok shuk ni lawak.. kalau dia tak buat hal mesti sukses.. orang bagi pinjam kau kata sedekah haha.. ”
” Cara-cara tak nak bayar hutang, puji dulu member haha.. Awal2 angkat dulu member tu, lepas tu mintak halal hutang. Hahaha. Pandai shuk.. ”
” Puji ada makna tu Ib haha. kau lah Shuk, aku memang terbahak dengan ayat Shuk ni. jongket dulu sampai last macam hareyyyy haha.. ”
” Tu bahaya bermulut manis, last-last kena kumpau haha.. jauh merantau woo nak minta halal punya pasal haha.. ”
” Hahahaha adoiii lawak betul la…Pandai dia pancing siot ah.. semoga syuk terus succes dgn podcast okletsgo.. ”
Adui lah Shuk, pandai betul dipusing cerita, tak cuba tak tahu kan. Kot-kot Shuib iyakan je sedekah, hehe. Apa-apa pun, Shuib memang sahabat yang baik dan selalu membantu orang yang memerlukan. Semoga persahabatan Shuib dan Shuk berkekalan sampai bila-bila dengan pesanan hutang jangan lupa bayar yer Shuk, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Okletsgo.sg
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen



