Artis / Selebriti
” Belum lagi start, baru Dato’ pejam mata, kita dah tergelak-gelak. Confident Dato’ memang paling rare, haha.. – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri bersyair dan berpidato buat ramai terhibur. Amboi semangat betul Dato’ Aliff. Macam tu je Dato’ Aliff combine pidato, syarahan dan sajak. Berdekah gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik sisrose02, telah dikongsikan beberapa video live usahawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri. Menerusi video pertama, Dato’ Aliff ada berkongsi cerita ketika sekolah dahulu, Dato’ Aliff ada mewakili sekolah dalam pertandingan syair.
Bukan itu sahaja, akui Dato’ Aliff, dia juga pernah mewakili negeri Selangor dalam pertandingan pidato. Untuk membuktikan yang dirinya berbakat dalam bersyair dan berpidato, Dato’ Aliff cuba untuk bersyair dan berpidato buat tatapan warganet yang menonton video live tersebut.
Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Dato’ Aliff ketika bersyair dan berpidato itu. Seloroh warganet, Dato’ Aliff sememangnya seorang kelakar dan mendengar syair serta pidato oleh Dato’ Aliff tersebut membuatkan mereka tak berhenti-henti ketawa.
Walau bagaimanapun, akui warganet, tahap confident Dato’ Aliff dalam melakukan semua hal sememang sangat tinggi. Sehingga kini, video Dato’ Aliff bersyair dan berpidato itu telah diditonton puluhan ribu tontonan dan menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@sisrose02 Membalas kepada @rozita2172 Tak sedap xapa.. Yg PENTING confident 😂#terlajaklaris #papalaris
@sisrose02 Membalas kepada @nmm7515 Ni dgr papa berpidato plak.. 😂#papalaris #terlajaklaris
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka begitu terhibur menonton video Dato’ Aliff berpidato dan syair. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Belum lagi start, baru Dato’ pejam mata, kita dah tergelak-gelak. Confident Dato’ memang paling rare, haha. Penat gelaj saya.. “
” Weyy, kalau hampa stress, hampa tengok lah life Toklip ni, dia seorang penghibur, tidak dinafikan.. Berdekah gelak tengok dia, haha hilang terus stess.. “
” Pidato, syarahan, sajak ni dato combine sekali yee.. Kreatif habis digabungkan semua.. Tapi wakil Selangor tu tak menang kan Dato, haha.. “
” Kadang2 jadi zakiah anas, kadang2 bersamamu, kadang2 jadi pakar motivasi yg bagi budak2 nangis.. Hahahaha mengekek aku gelak.. “
” Panel hakim tu cnfius nak bg mrkah.. Menekan² plk dia, hahahaa.. Ko kan dato ak sebagai cikgu bahasa melayu menagis dengar ayat bahasa melayu ko. Spm dlu ko dpt result brpa tok.. “
” Ya Allah, lawaknya.. Hilang stress aku.. Patut lah si Datin Shahida tu nampak awet muda.. Hari2 mesti gelak tengok lawak Dato kan.. “
” Inflasi sifar wawasan kita harga berpatutan menawan ibu Tin hijau pilihan saya Hayoooo.. Sapa tau pantun tu diaaaaaa… Aku gelak sampai terkencing, haha.. “
Apa-apa pun, Dato’ Aliff sememangnya sering menghiburkan pengikut-pengikutnya. Pasti tak kering gusi menonton video live Dato’ Aliff. Ada sahaja yang membuatkan orang ketawa. Semoga perniagaan Dato’ Aliff semakin baju dan semua urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sisrose02
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen