Artis / Selebriti
” Belum lagi final Amir dah dapat jemputan. Terus famous dah.. ” – Netizen
Video Adik Amir Menyanyi Untuk Majlis Penutupan MSSM Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan Raih Perhatian Ramai. Wah Padu Lah Amir. Ramai Yang Geram Dengan Amir Sampai Kena Picit Pipi Lagi, Hehe !!
Meninjau ke akaun TikTok Termoj Production, satu perkongsian video yang memaparkan adik Amir sedang menyanyi di Stadium Abdul Rahman, Negeri Sembilan telah meraih perhatian ramai. Untuk makluman, Amir telah menerima jemputan nyanyian untuk Majlis Penutupan MSSM.
Video penuh persembahan adik Amir di stadium tersebut ada dikongsikan di Youtube Sportz Attex yang mana adik Amir menyampaikan dua buah lagu. Lagu yang dinyanyikan oleh adik Amir ialah lagu Lemak Manis dan juga Untukmu Ibu.
Walaupun adik Amir nampak agak kepenatan, adik Amir dapat menyampaikan nyanyiannya dengan baik sekali. Para tetamu dan juga penonton yang ada di situ juga nampaknya agak geram dengan adik Amir sehinggakan ada yang datang memicit pipi adik Amir.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada juga yang berharap agar adik Amir mendapatkan rehat yang secukupnya untuk ke pentas final The Choosen One pada rabu hadapan.
Jom tonton video di bawah (video penuh di hujung artikel) :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@termoj.production6 Amir live ptg ni di Stadium Paroi,majlis penutupan MSSM 2023#amirsisi #termojproduction #diaridaripedalaman #berandafypシ #fypシ #thechosenone #viral_video
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan yang terbaik buat adik Amir. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Jaga kesihatan Amir cikgu takut tak cukup rehat kasihan dia semuga maju jaya adik Amir dunia akirat.. amboi2 amir jauh dah terbang nya n9 .. “
” Alhamdulillah Aamiin rezeki Amir…. Lps ni lgi bnyk lh undangan untuk Amir buat persembahan tahniah Amir DN team termoj production.. “
” Amir dah mula round Malaysia tahniah buat ustaz ustaz semua.. jauhnyer perjalanan… dr Gerik ke N.9… semoga unuk sentiasa sht. n terima kasih cikgu2 kerana sentiasa jg amir.. “
” Alhamdullilah… Cikgu minta jaga kesihatan Amir.. istiqamah dlm semua bidang semuga berjaya dunia akhirat.. penutup MSSM tuu … moga terus maju jaya amir dan team Termoj Production..”
” Terbaik amir n cikgu2 semua…acik sedia tunggu nak tengok live.. wow hebatnya amir.. Jaga kesihatan na.. kalau dekat mesti datang nk tingok adik Amir.. “
” Harap cikgu2 tk tinggalkn amir.terus berada d sisi amir ya cikgu.. Alhamdulillah…blm lg final Amir dah dpt jemputan… terus femes dah.. “
” Amir tak juara pun tkpe dia dah pun Meletop Amir world skrg,ape2 pn hrp juara jgk lh,, unuk dah setaraf artis2 terkini.. “

Aura adik Amir sememangnya amat mengagumkan. Belum dinobatkan juara adik Amir sudah menerima jemputan ke satu majlis yang sangat besar. Semoga segala urusan adik Amir dipermudahkan sehingga ke pentas final pada rabu hadapan.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production, Youtube Sportzattex
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

