Connect with us

Artis / Selebriti

” Bell lawak weh, nampak betul kekok tu. Kak Lina pun alahai muka tu, haha.. ” – Netizen

Video Bell Ngasri Diminta Memberi Ucapan Khas Untuk Isteri Secara Live Dalam Rancangan MeleT0P. Alahai Serba Tak Kena Bell, Nabil Dengan Kak Lina Pulak Kuat Menyakat. Part Muka Bell Malu-Malu Tu Lawak Lah. Nasib Isteri Memahami, Hehe !!

Dalam rancangan MeleT0P yang lepas, penerima Anugerah Bintang Paling Popular, Bell Ngasri telah pun dijemput ke studio MeleT0P sebagai tetamu jemputan. Bell tidak hadir keseorangan dan ditemani oleh isterinya, Nur Farhana untuk sama-sama memeriahkan rancangan tersebut.

Meninjau perkongsian di akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil meminta Bell memberikan ucapan khasnya untuk Farhana. Bell yang kelihatan segan tetap berkata-kata, namun matanya tidak memandang ke arah Farhana.

Nabil yang menyedarinya terus menyakat Bell supaya memandang isteri bukan Kak Lina Kepom yang berada di belakang Farhana. Lawak melihat wajah Kak Lina yang cuba mengusik Bell itu. Walaupun malu-malu, namun gaya percakapan Bell tak ubah seperti YB pula.

Kata Bell, dia mengucapkan ucapan terima kasih buat Farhana kerana memahaminya, terutama sekali apabila Bell terlalu sibuk dengan kerja, Farhana lah yang menjadi surirumah yang mengatur segala hal ehwal rumahtangga. Besar penghargaannya untuk seorang isteri apabila suami memberikan penghargaan seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Malu2 dia nk ucap dpn isterinya.. ya la nma pon pelawak kan.. janji kau setia Bell.. we all always support u.. ”

” Malu sbb kdg2 suami ni jrg lafazkan perkataan terima kasih tu selalu dpn isteri. Tp x bermakna dia x berterima kasih. Bkn suami jem kdg2 isteri pn.. ”

” Org ni kalau jenis xromantik, mmg dia rasa segan.. slunya org yg x rumatik ni setia.. kdg yg rumantik ni slunya x setia.. ”

” Dia tak romantik tapi paling setia. Haha nabil ni.. apa pun bagus juga dia buat begini tidak lah Bell tu rasa malu2.. kak lina pun alahaiii muka muka tu haha.. ”

” Hehehe.. bell kena paksa bg ucapan.. dh mcm wakil rakyat bg ucapan gayanya. Ada lelaki kalau moment mcm ni dia xboleh pndg mata bini.. rasa sebak & boleh jatuhkan air mata. kaklina lawakkk la xbuat klakar pun rase nk gelak.. ”

” Aku rasa dia tak tengok bini dia sebab takut ternang1s ahahahahhah. Terus bg award dekat isteri. Hal ehwal rumahtangga. syabas Bell janji setia hingga hujung nyawa. Aminnn.. ”

” Hahaha bell2 malu2 kucing erk, sha jgn kemut sgt.. Part Last ucapan bell makin kuat suara dia bila tertahan kena ngusik ngn haji haha.. ”

” Bell pun lawak wehhh.. malu2 gitu depan Wife.. nampak betul kekok tu bell nak buat ucapan.. mesti bell bukan jenis nak sweet² gitu.. ”

Alahai Bell, nampak betul segannya apabila kena memberi ucapan kepada isteri tu. Bak komen warganet, Bell tentu bukan jenis yang romantis tetapi setia orangnya. Semoga ikatan kasih sayang antara Bell dan isterinya ini sentiasa dirahmati Allah dan kekal berkekalan sehingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT