Connect with us

Artis / Selebriti

” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

Video ibu saudara Maryam You Narae menyediakan 15 Kimbab yang mempunyai ramuan tidak halal ketika Maryam sekeluarga bercuti di Korea. Makcik Maryam ingat Muslim tak boleh makan daging bab1 sahaja. Cara Maryam educate familynya raih pujian ramai..

Menerusi akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian Maryam ketika berada di Korea Selatan dan bertemu ahli keluarganya telah meraih perhatian ramai. Maryam kini berada di sana bersama suami, Nik Muhammad Ryzal dan anak-anaknya.

Maryam bertemu ibu saudara dan mereka membawakan makanan iaitu kimbab buat mereka sekeluarga. Namun agak mengecewakan makanan tersebut tidak boleh dijamah kerana mempunyai ramuan tidak halal. Maryam berasa sedikit sedih kerana ibu saudaranya telah menyediakan 15 biji kimbab.

Menurut Maryam, keluarga non-muslimnya masih belum memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan halal untuk dimakan. Bagi mereka jika tiada daging babi, tiada masalah untuk muslim memakannya. Tetapi sebenarnya banyak aspek lain perlu diperhatikan.

Perkongsian Maryam ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Maryam tetap berpegang teguh dengan pendiriannya sebagai seorang muslim dan begitulah adat jika berkahwin campur serta berbeza agama.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Beautifully said Maryam. May Allah always guide you and give you strength for all the challenges you faced.. “

” Beautiful reflections ..u are one in a million Allah choses perfectly & He will guide you in ways you don’t expect . Masyallah maryamyunrrr Happy 2026 & beyond.. “

” I feel u dear. Same here. Awal2 dulu My inlaw also thought I boleh makan chicken but they tak tahu chicken also wajib halal. Sembelih cara Islam.. “

” It’s ok Maryam…sama-sama belajar..hebatlah kalian, Masih ambil tahu apa yang di isi dalam tu.. “

” Takpe you can educate her. My husband is also a revert. Masa baru kahwin, I would take our own meat dah siap masak whenever we visited his sister.. “

” Its okay maryam. They’ll know about Islam slowly. That also Allah be reward to you as a mualaf because of the patient.. “

” This is beautifully written. It reminds us that faith grows best in an environment of understanding, adab, and patience.. from everyone involved. Credit to Ryzal.. “

Sebagai seorang mualaf, sikap Maryam sangat dipuji kerana sangat menjaga apa yang dilarang dalam agama Islam. Semoga Maryam terus istiqamah dan sentiasa menjaga hubungan bersama ahli keluarganya yang berbeza agama serta kepercayaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryamyurr

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elianto Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak