Artis / Selebriti
” Behind the scene yang kita tak pernah duga. Bagus Cik B ni ikut je arahan, salute lah.. ” – Netizen

Video Behind The Scene Cik B Membuat Trend Makeup Asoka Curi Perhatian Ramai. Sporting Betul Cik B, Sampai Ke Pagi Shooting Pun Tetap Bagi Yang Terbaik. DSV Rupanya Director, Patutlah Gempak !!
Oleh kerana banyak permintaan untuk melihat Cik B membuat video trend Asoka, akhirnya Dato’ Seri Vida merealisasikan permintaan warganet itu. Pada kali ini Cik B begitu sporting untuk disolek dan tidak membantah permintaan dan arahan mamanya.
Walaupun Cik B mengatakan dia terpaksa membuat video ini, namun Cik B tetap melakukan yang terbaik. Meninjau akaun Tiktok Cik B dan Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan video behind the scene sepanjang DSV dan team merakamkan video Cik B itu.
Bukan sejam dua proses menghasilkan video ini dan ianya mengambil masa lebih kurang 9 jam untuk mendapatkan hasil yang dimahukan. Untuk makluman semua, DS Vida sendiri yang menjadi director untuk Cik B. Seronok warganet melihat gelagat Cik B dan mamanya itu.
Walaupun muka Cik B ada masanya kelihatan masam mencuka kerana dipaksa rela, namun semuanya dilakukan dengan cukup baik dan sempurna. Anak mama yang hebat, sehebat mama juga lah Cik B. Yang lebih utama, komen warganet mengatakan video Cik B lagi gempak daripada video DSV.
Jom tonton video di bawah :
@cikb_bossb Nanti korang tengok result 9 malam inii di TikTok @cikb_havoc66 !! #tiktokmalaysia #cikb #bossb #asokatrend #asokamakeup #asokadance #asokamakeuptrend #fyp #fypシ゚viral #foryou #onthisday #foryoupage
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
@quputehtomatohq WAJIB TENGOK LAIN DARI LAIN ! FULL VIDEO DI ACC @cikb_havoc66 #cikbhavoc #fypシ゚viral #ftpppppppppppppppppppppppp #cikb #masukberandamu #masukfypmu #foryoupage #masukberandafypシ #masukberanda #fyppppp
@quputehtomatohq Replying to @Mimie Apoi Dsv director sepanjang shooting #cikbhavoc #fypシ゚viral #ftpppppppppppppppppppppppp #cikb #masukberandamu #masukfypmu #foryoupage #masukberandafypシ #masukfyp #fypgaknih
♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA – EMPAYAR DATO SERI VIDA
@datoserividahq Kerana terpaksa @cikb_havoc66 relakan demi netizen yang request ! #ftpppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukfypdong #fylpシ #masukberandagak #masukberandamuu #fypdong #asokamakeup
♬ original sound – DATO SERI VIDA_QU PUTEH HQ – DATO SERI VIDA_QU PUTEH HQ
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka terpaksa, dipaksa dan terpaksa.. kesian cik b hehe.. macam kena kahwin paksa pun ada cik b haha.. comel cik b ni.. ”
” Cik B sporting mcm Mama dia DSV.. bila da tgok final. tak nmpk mcm kena paksa.. yg win tu mimik muka.. kacak tu satu hal. dan lagi sambil lalu angkat perut cik b haha.. ”
” BTS yang kita tak pernah duga.. Bagus Cik B ni ikut je arahan.. salute kat awak sbb sanggup buat.. ”
” Kacak buat hal.. Sambil lalu je.. Gitu je kacak angkat perut cikb haha. Cikb pun redho je layan mama dia.. bukan senang cik b nk buat asoka utk kita.. tapi mmg comel la cik b.. ”
” Cik B,dengan kepala kaki skli bergoyang… Hadehh.. aku pulak terikut bila dia goyang kepala.. ”
” Suka tengok tiga beranak ni.. sakit perut aku gelak. Kacak boleh selamber je lalu depan cikb sambil angkat perut cik b tu. suka betul menyakat cik b.. ”
” Cik b ni cantik.. mama dia sangat sabar dan menerima seadanya Cik b.. Lepas ni cik b boleh lah makeup selalu lah.. comel sangat.. ”
Seronok warganet melihat usaha DS Vida dan Cik B demi memenuhi permintaan warganet. Tak mudah tetapi Cik B berjaya menghasilkan video yang menghiburkan semua orang. Buktinya video trend makeup Asoka Cik B mendapat jumlah tontonan yang tinggi sehingga sekarang. Apa-apa pun, terima kasih Cik B kerana menyahut cabaran warganet.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik B, Tiktok Datoserivida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hati yang lembut menjadi keras bila sudah tiada rasa.. ” – Bonda Rozita Ibrahim