Artis / Selebriti
” Bapaknya mulut tak reti diam, banyak komen. Berdebar anak dara tu nak bawa, haha.. ” – Komen Netizen
Video Aidid Marcello Merakam Gelagat Anak Perempuannya, Alyea Nai Lina Pertama Kali Memandu Kereta Selepas Mendapat Lesen Buat Ramai Terhibur. Tangan Aidid Sentiasa Ada Dekat Handbrake. Mesti Risau Sangat Tu Kan, Haha !!
Baru-baru ini tular video personaliti televisyen, Aidid Marcello merakam video gelagat anak perempuannya, Alyea Nai Lina yang baru sahaja dapat lesen P kereta. Kelihatan Aidid merakam video dari dalam kereta tanpa disedari oleh Alyea sewaktu Alyea meminta bantuan seorang jejaka untuk ambil gambar.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Aidid, telah dikongsikan video yang memaparkan Aidid menemani Alyea pertama kali memandu kereta selepas mendapat lesen. Kedengaran suara Aidid memanggil anaknya dengan panggilan ‘gadis cantik’ dan memberitahu hari ini Alyea membawa kereta sendiri sambil menunjuk lesen P yang ditampal pada cermin kereta.
Sempat Aidid menyakat anaknya dan tangan Aidil kelihatan sentiasa berada di bahagian handbrake untuk langkah keselamatan jika terjadi apa-apa. Aidid juga mengatakan terhibur melihat gaya Alyea sedang memandu dalam keadaan duduk begitu tegak sehingga dekat dengan stereng kereta.

Perkongsian ini sekali lagi telah mengundang tawa warganet kerana terhibur mendengar coleteh Aidid ketika menemani anaknya memandu. Sehingga kini, video Aidid merakam gelagat anaknya memandu itu menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video oleh Aidid dan ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bapaknya mulut tak reti diam, banyak komen. Berdebar anak dara tu nak bawa, haha.. Semoga Allah swt kurniakan ketenangan bila sampai turn aku lagi few more years.. “
” Anak2 sya dua2 dh ada lesen.. Setahun dh.. Tpi sampai skrg sya tak yakin nk lps kan dorang drive.. Caner tu.. Mak lorat betul.. Hahahaha.. “
” Anak sis dah 2thn lebih dah ada lesen. Lps amik lesen pi smbg belajar. 2hari lps suruh dia bawak. Mak ayah dok belakang konon2 nak tido. Tp segar mata. mulut tak benti bg arahan itu ini. Naik stress bdk tu, hehe.. “
” Bila anak go for driving school , uni.. Suddenly feel dh makin tua da. Saya standby brek angin ni kerlas.. Teruk handbrake hahaha.. “
” My 1st doter sgt la berhati²,she even give lectures to me.Well,my 2nd is another whole story-dia still figuring out where the brake is.. “
” Ni sama macam ayah saya dulu, tak berhenti komen time drive.. Saya siap merajuk taknak drive. Kejap masa berlalu, tahun depan boleh teman anak saya drive pulak, haha.. “
” Bapaknya kemain lagi kuat menyakat, cuak si anak tu pun.. Tak tenang nak drive tau kalau orang sebelah asyik bercakap, hahaha.. Sabo lah anak.. “
Kelakar mendengar Aidid tak henti-henti menyakat anaknya. Rasanya kaki Aidid pun mesti seperti seolah-olah sedang menekan brek dekat bawah. Biasalah sikap bapa-bapa apabila risau anak perempuan mereka pertama kali memandu. Bak kata orang, bukan tidak harap, tetapi untuk langkah berjaga-jaga jika ada apa-apa akan terjadi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aididmarcello
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen


