Artis / Selebriti
” Banyak banyak pesanan ibu, yang ni paling tak nak dengar. Rasa macam nak jadi anak derhaka je, haha.. ” – Komen Netizen
Zarina Zainuddin kongsikan video rakaman lagu ciptaannya berjudul Pesan Ibu Sebelum Pergi buat ramai terhibur. Fuh dia menyanyi lagi, kali ini tone suara lagi ‘padu’ dan syahdu. Maaf Zarina, hehe..
Sebelum ini tular video pelakon wanita, Zarina Zainuddin mengalunkan selawat dan berzikir. Rakaman suara Zarina yang dilakukan di sebuah studio muzik ini mengundang pelbagai respon daripada warganet. Dari seorang pelakon mencuba menjadi seorang penyanyi, Zarina tenang sahaja dengan kecaman ramai.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Zarina Zainuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zarina sekali lagi merakamkan suaranya. Kali ini, bukan zikir atau selawat yang dialunkan tetapi lagu ciptaannya sendiri yang berjudul Pesan Ibu Sebelum Pergi.
Zarina seperti biasa, keyakinannya cukup tinggi dan Zarina kelihatan begitu enjoy menyanyi lagunya itu. Liriknya berkisar mengenai pesanan seorang ibu untuk anak tentang kehidupan yang penuh pancaroba dan dugaan. Pesanan dengan harapan anak akan menjadi seorang yang kuat dan tabah dalam hidup.

Warganet memberikan reaksi terhadap nyanyian Zarina ini. Ramai yang berpendapat Zarina lebih sesuai berlakon kerana bakatnya lebih besar dalam bidang lakonan. Nyanyian mungkin hanya sesuai untuk simpanan sendiri sahaja. Apa-apa pun, Zarina terlebih dahulu berpesan dalam kapsyennya, hiraukan suaranya dan cuma dengar pesanan itu sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@zarinazainuddinzz Ini lagu yang saya karang sendiri khas dari saya untuk ibu ibu untuk anaknya.. Saya ada anak anak saya juga dulu ada ibu tapi sekarang ibu saya dah tkde lagi.. untuk anak anak semua semuga terus kuat menempuh hidup ., suara saya yg tak sedap ni hiraukan saja cuma dengar pesan ini .. walau apa pun terjadi anak anak tetap ada doa dan kasih sayang dari seorang insan bernama ibu ♥️🥰
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Banyak banyak pesanan ibu, yang ni paling tak nak dengar.. untuk kali ni jaaa nk ingkar pesanan ibu.. tak nak dengar, tak derhaka kan haha.. “
” Kalau pesanan ibu yang ini, lain kali je la dengar huhu.. Kalau macam ni banyak dosa dari pahala kak.. Hmmmm susahh nya nak masuk syurga ya Allah. Ampunkan segala dosa ku.. “
” Sebelum ibu tutup mata, kami anak2 tutup telinga.. akhirnya aku terpaksa akui dato alif syukri penyanyi no 1.. rasanya rakam tu boleh tapi tak perlu lah post..”
” Selalu lagu ibu ayah akan sedih.. Kali ni saya happy ketawa haha.. tak boleh ke nyanyi terus kat anak? nape kite pun kene dengar.. “
” Terjaga anak saya dari tidur kak.. Beratnya dugaan, tolong lah.. first time rasa taknak dgr cakap ibu haha.. “
” Oii aku nak tido, mengekek baca komen hahah… segar terus mata.. Akak, tolong jgn tukar bidang ye. Akak memang sesuai jadi pelakon. Saya suke tengok akak belakon.. “
” Rasa macam nak jadi anak derhaka je.. saya tak yakin saya boleh dengar pesanan ni.. betul la apa org kta lebih baik kita pendam bakat yg kita ada.. “
Komen-komen warganet mencuit hati dan mengundang ketawa. Keberanian dan keyakinan Zarina boleh dipuji. Namun maaf Zarina, ramai yang lebih suka melihat Zarina berlakon. Lirik lagu okey, cuma mungkin suara Zarina tidak sesuai untuk menyanyi dan tidak digemari oleh orang ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


