Artis / Selebriti
” Baik je Tengku Permaisuri Norashikin layan makcik nak bergambar.. ” – Netizen
Video Layanan Mesra DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Terhadap Seorang Wanita Yang Ingin Bergambar Bersamanya. Alahai Penuh Lemah Lembut, Memang Berjiwa Rakyat Tengku Permaisuri Norashikin !!
Meninjau di akaun Instagram milik Daebaking telah berkongsi satu video pendek yang memaparkan aksi spontan Tengku Permaisuri Norashikin terhadap seorang wanita yang mahu bergambar bersamanya.
Menerusi video itu, kelihatan pada awalnya Tengku Permaisuri Norashikin telah keluar dari sebuah kedai dan ingin menuju ke kereta. Ketika Tengku Permaisuri Norashikin berjalan, seorang wanita telah menghampirinya dan mengajak untuk bergambar.
Lalu ajakan tersebut disambut baik oleh Tengku Permaisuri Norashikin. Dengan penuh ramah mesra dan sopan santun, Tengku Permaisuri sudi bergambar bersama wanita tersebut dan di akhir video itu sempat Tengku Permaisuri melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam kereta.

Difahamkan video tersebut diambil ketika Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat merasmikan program ‘ Sapot Asnaf Sapot Lokal ‘ yang diadakan di Food Market Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Tonton video tersebut di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Sebelum ini, pernah mendapar pujian ramai atas keprihatinan Tengku Permaisuri Selangor ini setelah menghadiahkan sebiji motosikal kepada seorang rider wanita penghantar makanan yang keh1langan motosikalnya ketika bekerja.

Alahai sudah lah berwajah cantik, berjiwa rakyat malah berbudi bahasa pulak tu Tengku Permaisuri Norashikin. Apa-apa pun, semoga Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG DaebaKing, Selangor Royal Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

