Artis / Selebriti
” Baca sambil meleleh air mata. Panjang caption daddynya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Shuib Sepahtu surprise sambutan hari lahir Watie Hanifiah raih perhatian ramai. Panjang betul kapsyen Shuib kali ni. Wish birhday yang paling meruntun hati, lagi-lagi part siapa pergi dulu tu..
Pejam celik, pejam celik, perkahwinan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bakal memasuki 2 tahun pada bulan Jun akan datang. Kehadiran Watie dalam hidup Shuib dan anak-anaknya mengembalikan senyuman di wajah mereka semua yang hilang setelah kehilangan insan tersayang yang bergelar isteri dan ibu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib bersama teamnya membuat kejutan sempena hari lahir untuk Watie. 8 Februari merupakan hari lahir Watie dan juga hari keramat yang akan Shuib ingati selalu.
Kata Shuib, 8 Februari 2022 Watie mula berhijab dan itu adalah permintaan daripada Shuib sendiri. Shuib mengimbau kenangannya bersama Watie dan kata Shuib, pilihannya adalah yang terbaik. Tidak hanya untuk Shuib tetapi juga anak-anak dapat menumpang kasih.

Shuib juga mendedahkan kebaikan dan pergorbanan yang telah pun Watie lakukan untuk Shuib dan keluarga. Allah sebaik-baik Pengatur dan Watie adalah pengubat duka setelah pemergian Siti Sarah. Walaupun pada awal perkahwinan dahulu ramai yang mempersoalkan mengapa Watie yang dipilih, kini semua mula membuka mata dengan segala kebaikan Watie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah mateen.. suka kacau mummy.. btq happy birthday mummy.. semoga dilimpahi rezeki dunia akhirat, sihat selalu disamping keluarga dan org trsyg.. semoga dibwh lindungan Allah selalu.. Aamiin YRA.. “
” Aku baca caption shuib smpai habis . sedih kan.. alhamdulillah watie jadi ibu yg terbaik untuk anak² . smoga pnjang umur dan dimurahkan rezeki selalu . happy birthday.. “
” Happy birthday to you mummy.. kita sama geng February .. Baca sambil meleleh air mata.. panjang caption daddynya.. “
” Hapy birthday iamwatie . Baca caption shuibsepahtu pkul 5.20am ni tetiba plk air mata bergenang.. “
” Touching baca ayat “Jgnlah U pergi dulu macam sarah pergi dulu” .. semoga Allah kurniakan yg baik2 buat u ols. Jarang aku komen kat ig shuib ni.. “
” Bang,hanya Abg kenal siapa mummy… bila orang luar mengata itu Dan ini dah tak penting bang… abang je kenal dia.. baiknya dia.. saya doakan yang terbaik buat abang sekeluarga.. “
” Masyaallah tabarakallah. Selamat hari lahir iamwatie senyuman watie buat saya juga tersenyum. Semoga Allah berikan rezeki yang baik dan berpanjangan serta permudahkan urusan dunia dan akhirat. Buat shuibsepahtu sekeluarga semoga keluarga kalian sentiasa dlm Rahmat Allah SWT.. “
Allah menghadirkan pelangi selepas hadirnya hujan dan kini Shuib dan anak-anak merasai bahagia itu. Selamat ulangtahun kelahiran Watie daripada kami di Berita Kopak. Semoga Allah memakbulkan segala permintaan Watie dan didoakan Watie cepat-capat menimang cahayamata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

