Artis / Selebriti
” B0ngok la masing-masing, sempat lagi mengump4t eh. Sak1t perut gelak. Haha.. “
Video Live Dato’ AC Mizal Bersama Johan Dan Ozlyn Buat Ramai Ketawa Tidak Kering Gusi. Amboi, Masing-Masing Tak Mahu Kalah !!
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Johan Raja Lawak dan Dato’ AC Mizal. Mereka merupakan antara pelawak yang diminati ramai kerana mampu membuat lawak secara spontan dan menghiburkan. Johan memulakan kerjaya seninya selepas menyertai rancangan realiti Raja Lawak.
Disebabkan itu Johan digelar sebagai Johan Raja Lawak. Beliau sering digandingkan bersama Zizan dan membentuk kumpulan Jozan dalam menyertai beberapa pertandingan lawak, antaranya ialah Maharaja Lawak Mega untuk beberapa musim.
Dato’ AC Mizal pula memulakan kerjaya seni sebagai seorang penyanyi. Beliau merupakan vokalis kumpulan 4U2C yang popular pada era 90 an. Kini, Dato’ AC lebih kepada bidang lakonan dan pengacaraan. Beliau banyak mengacarakan beberapa program terbitan Astro.

Menerusi akaun Instagram, satu sedutan video live antara Dato’ AC Mizal, Johan dan isterinya, Ozlyn telah dikongsikan. Perbualan mereka telah mendapat ratusan ribu view dan likes kerana perbualan mereka sangat menghiburkan. Masing-masing tak mahu kalah.
Jom kita tonton dan dengar video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur mendengar perbualan mereka. Antara komen-komen netizen :
” B0ngok la masing-masing, sempat lagi mengumpat eh. Sak1t perut gelak. Haha .. “
” Hilang streess aku pagi ini.. “
” Adoi, lawak lah.. “
” Syok juga.. menghiburkan.. Kalau lah semua pelawak begini tkde la bosan dok umah.. “
” Sporting je dorg ye.. Happy selalu.. “
” Memang menceriakan time PKP ni.. “
Adoi, memang kelakar sangat perbualan mereka ini. Jika anda mendengar video penuh mereka pasti anda akan tidak kering gusi. Kepada yang ingin mendengar video penuh boleh layari saluran YouTube Johan dan Ozlyn. Boleh lah menghiburkan anda di kala duduk di rumah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleT0P, Dato’ AC Mizal, Jozlynnhanania by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

