Viral
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina

Luahan hati tunang Nur Ainul Qistina (UPSI), Mohd Faiq bin Zainal buat ramai sebak dan tersentuh hati. Kisah cinta mereka yang tidak kesampaian, namun sangat menjaga adab dan agama..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Syazwan, perkongsian sebuah kisah luahan hati tunang kepada mangsa kemalangan bas di Gerik iaitu Nur Ainul Qistina telah menyentuh hati ramai orang. Mohd Faiq bin Zainal merupakan tunang Qistina yang berusia 22 tahun.
Menurut Faiq, dia amat merindukan Qistina walaupun sudah 2 minggu pemergian Qistina. Qistina merupakan seorang wanita yang cukup hebat dan baik buat Faiq kerana selalu mengingatkan dirinya tentang solat 5 waktu, solat jumaat dan juga doa.
Qistina selalu ada dengannya sama ada ketika gembira atau pun sedih. Mereka juga selalu melakukan aktiviti bersama. Mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga setelah tamat bergraduasi, namun Allah lebih menyayangi Qistina.
Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Faiq turut berkongsi kata-kata Qistina yang sering disebut kepadanya. Ayat itu kini ternyata benar-benar berlaku dalam hidup mereka.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Antara perkongsian perbualan whatsapp :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Alfatihah (dibcakan) utk arwah Nur Ainul Qistina… sebak rsanya bca luahanmu nak Faiq… terus kuat,terus tabah… sesungguhnya arwah adalah antara insan trpilih, smua 15 ank2 UPSI yg telah pergi adalah d kalangan ank2 soleh & solehah sb tu ALLAH sygkan mereka.. “
” Insyallah jodoh awk dgn dia di syurga kelak nanti…slalu titip kn doa bt arwah.. Da 2 minggu ye, tapi masih terasa sgt.. “
” Arwah pelajari upsi yg terkorban ni aku yakin diaorg semua org yg baik2. setiap sorang mesti ada amalan diaorg yg org cerita kan. mashaa allah.. “
” Satu lagi kisah cinta yg tak kesampaian lepas kisah arwah Mustaqim . Allahuakbar…saktnya sampai dhati ini perginya bidadari syurgi.. “
” Walaupun sy tak kenal dia-Nur Ainul Qistina..tapi sangat terkesan dgn pemergian nya,serta kawan2 upsi yg telah pergi.Al Fatihah pusara arwah Qistina betul2 tepi pusara arwah ayah saya.. “
” Sabar ye… doakn dia disana, memang sedih bila org yg kita syg pergi dulu… sebab sy pernah lalui…. hilang suami tersayang… harap awk sabar n kuatkn smagat…. Al fatihah pd arwah.. “
” Al fatihah.. semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang beriman dan beramal soleh.. semoga adik tabah. insyaallah Allah dh susun cantik al fatihah bt arwah…. “
Tiada ungkapan yang dapat diungkapkan apabila merindui orang yang telah tiada. Hanya kenangan dan memori masa lalu yang menjadi ingatan. Semoga roh arwah Nur Ainul Qistina di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syazwan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan