Connect with us

Artis / Selebriti

” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen

Video respon Datin Shahida apabila diajukan soalan mengenai Ratu Farah ingin menjadi isteri kedua Dato’ Aliff Syukri raih perhatian warganet. Memang padu lah ayat Datn bagi kat Dato’ Aliff tu..

Beberapa hari yang lalu, tular video live antara usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan pempengaruh media sosial, Ratu Farah. Banyak komen negatif yang diberikan oleh warganet setelah menonton video tersebut. Ratu juga ada berseloroh meminta untuk menjadi isteri kedua Dato’ Aliff.

Meninjau entry di akaun Tiktok Dherbs_hq, telah dikongsikan satu sedutan video live yang memaparkan Datin Shahida diajukan soalan mengenai isu tersebut. Datin Shahida kekal tenang dan memberikan jawapan yang mengagumkan warganet.

Kata Datin Shahida, dia sendiri memberikan komen pedas kepada suaminya itu. Tambah Datin Shahida, Ratu itu seorang yang baik, cuma Dato’ Aliff cepat naik sheikh dan tidak sedar apabila terlalu happy dan teruja. Datin Shahida pula bertindak sebagai ‘pengawas’ untuk mengawasi tindak tanduk Dato’ Aliff.

Memetik kata-kata Datin Shahida, suami adalah ujian para isteri. Kesabaran isteri diuji dengan perangai suami, namun isteri harus bijak menangani perkara seperti itu. Datin Shahida isteri yang tegas untuk Dato’ Aliff supaya Dato’ Aliff tidak hilang kawalan.

Jom tonton video di bawah :

@dherbs_hq

Kalau suami hyper memang kena jadi pengawas lah kita ni kan @Nur Shahida Mohd Rashid @Aliff Syukri Kamarzaman #dherbs #gosip #ontop

♬ original sound – Dherbs Online – Dherbs Online

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Datin tak hairan pun… bukan saingan dia tu… mesti penat Datin nak jaga dato ni haha.. penat jaga anak mak mentua.. “

” Terbaik Datin, sentiasa mengingatkan papa.. papa kalau naik sheikh, habis lah haha.. mama pengawas paling garang ni.. “

” Suka la ayat mama tu, jadi pengawas.. bagus datin ni pnyabar btolak ansur sbb tulh ujian2 ni dtg utk mbuatkn jiwa kental mndidik lbih baik.. “

” Nasib ada mama, papa pun dengar cakap hehe.. ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap haha.. terus sedar diri haha.. “

” Weh anak mak mertua paling penat jaga. kadang-kadang aku bertukaq jadi kingkong.. betul suami ni ujian yang Allah bagi isteri.. “

” Terbahak aku dengar ayat Datin bagi pada dato tu. Mau berasap telinga dato’ kena setepek dengan datin.. naik sheikh sangat, padan muka papa haha.. “

” Mama dh ckap klu papa nk kwin bleh tapi ada SYARAT… smua eset2 duit / syarikat smua MILIK/ NAMA mama. ghitew trbaik mama.. shelai spinggang papa haha.. “

Datin Shahida seorang isteri yang bagus kerana selalu mengingatkan Dato’ Aliff supaya menjaga kelakuannya. Tidak semua isteri boleh memiliki kesabaran yang tinggi seperti Datin Shahida. Apa-apa pun, semoga rumahtangga Datin Shahida dan Dato’ Aliff berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Dherbs HQ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak