Connect with us

Artis / Selebriti

” Asyraf menyanyi atau berpuisi tu, haha comel.. ” – Netizen

Video Tya Arifin Bersama Suaminya, Asyraf Khalid Menyanyikan Gabungan Lagu Kemerdekaan Dua Buah Negara Iaitu Malaysia Dan Indonesia. Namun Gaya Asyraf Menyanyi Buat Ramai Terhibur. Alahai, Comel Tengok Pasangan Ni Berduet !!

Tya Arifin iaitu isteri kepada Asyraf Khalid dan juga menantu tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza ini juga dikenali ramai. Dia yang asalnya merupakan pelakon dan penyanyi Indonesia kini telah menetap di Malaysia selepas mendirikan rumah tangga.

Selain itu, Tya juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Mempunyai 1.6 juta pengikut di Instagram, ada sahaja perkongsian mengenai dia mahupun keluarga kecilnya pasti menjadi perhatian umum.

Meninjau di akaun Instagram, Tya telah berkongsi satu video yang memaparkan dia bersama suaminya sedang bernyanyi. Menerusi video itu, pasangan romantik ini telah menyanyikan lagu kemerdekaan gabungan dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Perkongsian video tersebut telah mencur1 perhatian ramai. Manakan tidak, kelihatan pasangan ini begitu bersemangat ketika menyanyikan lagu merdeka negara masing-masing. Hingga kini, video itu telah mendapat lebih 6 ribu tanda suka.

Ikuti perkongsian Tya di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat pasangan ini menyampaikan lagu kemerdekaan dua buah negara, lebih-lebih lagi melihat gaya Asyraf bernyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Asyraf menyanyi atau berpuisi tu, haha comel. Habis lah lepas ni, anak2 kne hafal dua lagu lah ye.. “

” Terhibur aku tengok cara Asyraf menyanyi, dah macam sedang membaca. Mybe fokus tengah drive tu.. “

” Gabungan satu hati dua negara. Semoga kekal bahagia Tya dan Asyraf. Sedap ye lagu merdeka Indonesia.. “

” Masya Allah, walaupun dah lama di negara orang tetap ingat negara sendiri, salut buat Tya, terbaik.. “

” Sweet lah, haha. Kebahagian 2 Negara semoga bahagia dan jaya selama lamanya Merdeka, Merdeka, Merdeka.

” So cute lah Asyraf menyanyi, haha kena p4ksa dengan isteri ke buat video tu. Gagahkan juga lah ya, janji isteri bahagia.. “

” Seronok lah kalian nie. Nanti dua orang anak kalian mesti pandai menyanyi lagu kemerdekaan negara ibu dan bapa mereka.. “

Comel lah tengok gaya pasangan ni berduet menyanyikan lagu kemerdekaan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga hubungan rumah tangga Tya dan Asyraf akan terus kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Tya Ariffin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT