Artis / Selebriti
” Apit ni yang nyanyi bawah flat tu kan. Tak berubah suara dia.. ” – Netizen

Video Live Acap S Bersama Penyanyi Popular Tahun 90an, Apit Baron Bros Buat Ramai Teruja. Wah Penyanyi Legend Ni, Apit Siap Menyanyi Lagu Dia. Lama Betul Tak Dengar Suara Merdu Apit. Suara Tu Maintain Sedap, Mengamit Memori Betul !!
Menerusi akaun Tiktok Leajulihi, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live antara Acap S bersama vokalis kumpulan Baron Bros, Apit. Untuk makluman semua, kumpulan Baron Bros adalah salah satu kumpulan yang popular sekitar tahun 90-an.
Banyak lagu-lagu hits Baron Bros yang menjadi siulan anak muda ketika itu antaranya Tembok Derita, Sepi Memelukku, Mimpi Indah, Khilaf dan banyak lagi. Baron Bros bernaung di bawah syarikat rakaman FMC pada waktu itu. Melihat live Apit dan Acap S ini membuatkan warganet terimbau zaman kegemilangan Baron Bros.
Acap juga salah seorang daripada peminat setia Baron Bros. Banyak yang dibualkan oleh mereka berdua dan Apit turut mendendangkan lagu bersama petikan gitar oleh Wan Baron Bros. Alunan suara Apit itu mendapat pujian ramai dan sedikit sebanyak video live ini mengubati kerinduan peminat Apit.
Suaranya masih tetap sama seperti dahulu, merdu didengar. Ramai juga di kalangan warganet yang mengatakan wajah Acap dan Apit nampak sangat seiras. Kata Acap, mungkin kerana gaya rambut mereka yang membuatkan mereka kelihatan serupa.
Jom tonton video di bawah :
@leajulihi @Acap S @Wanz Barons #acaps #acap #fypシ #foryou #random #fyppppppppppppppppppppppp #viral #lagulama
@leajulihi @Acap S @Wanz Barons #acaps #acap #fypシ #foryou #random #fyppppppppppppppppppppppp #viral #lagulama
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Apit, siot lagu-lagu aku br0ken dulu. Perghh lagu zaman2 tgok org brcinta. Haha apit ni cam kembar acap je.. Muka sama gile.. ”
” Auto nyanyi sekali, menggamit sangat-sangat do lagu niy, meremang, adolaahaiii.. fave lagu ni.. Tk berubah siot suara dia.. ”
” Zaman-zaman dlu wehh dahh tua rasanya.. Lagu ni kalau viral balik masuk mv, sumpah best.. apit memang xtua tua eh .. aku dengar lagu dia dari form 2 .. sekarang dah 30+ .. nampak sama je.. ”
” Lagu masa bercinta ngn cik suami dlu oiii .. Lagu tiap kli gdoh. teringat zaman cinta monyet dulu.. rupanya memang tak ku kenal, tapi lagunya tu terkenallllll bebb.. ”
” Apit ni yang nyanyi bawah flet tu kan.. Dia punya femes mmg rare.. xmasuk tv xmasuk radio.. tp suara die smua org kenal.. mantap.. ”
” Weyyy aku budak 90_an, seumoq hidup aku, ni 1st time aku tgk muka apit.. jenoh cari kt google xjmpa pon..bestnya bleh tgk muka dia, tidak jenoh cari.. ”
” Apit, zaman 3gp, paling sedap lagu luahan hati, memang deep lah lagu dia.. zaman sekolah dulu time broken layan lagu2 apit.. ”
Sekian lama Apit menghilang, akhirnya warganet dapat melihat wajah dan mendengar suara kesayangan mereka ini. Semoga Apit dan Baron Bros tidak berhenti berkarya dan meneruskan perjuangan muzik mereka serta menghiburkan semua peminat Baron Bros.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Leajulihi, ig baron bros
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen