Artis / Selebriti
” Apam balik siap ada flower-flower. Padah lawo plating Akiko ni.. ” – Netizen
Ridzokumura Muatnaik Video Makanan Yang Dibeli Dari Bazar Ramadhan. Namun Cara Isterinya, Akiko Menghidang Makanan Tersebut Raih Pujian Ramai. Fuhhh Kreatif Betul Lah Akiko Ni, Makanan Bazar Pun Dia Plating Macam Makanan Hotel !!
Sepanjang Ramadhan, video daripada Ridzokumura seringkali menjadi perhatian warganet. Setiap video baik ketika bersahur mahu pun berbuka akan membuatkan warganet kagum kerana persediaan dan susun atur juadah yang tersusun kemas di atas meja.
Semuanya dilakukan sendiri oleh isteri Ridz iaitu Akiko. Jika selalunya semua makanan dimasak sendiri oleh Akiko, kali ini Ridz dan anaknya, Sky membeli juadah di bazar Ramadhan untuk berbuka. Sekali sekala tukar selera beli di luar dan Akiko boleh lah ‘gantung’ kuali.

Klik gambar untuk info..
Meninjau akaun Instagram Ridzokumura, telah dikongsikan gelagat Sky yang rambang mata ketika membeli makanan. Semuanya kelihatan sedap dan dibeli oleh Sky. Setibanya di rumah, semua makanan yang dibeli oleh Sky dan Ridz dihidangkan dengan cukup sempurna oleh Akiko.

Kalau orang biasa, makanan dari bazar Ramadhan diletakkan sahaja di atas meja tetapi berbeza dengan Akiko. Satu persatu makanan dihidang dalam pinggan siap dengan dekorasi lagi. Komen warganet, cara plating Akiko ini sudah seperti taraf hotel 5 bintang walaupun makanan bazar.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 4000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masalahnya plating bazar pon cantik. mmg culture org Jepun … food plating antaranya. cantik tempting tengok.. kalah hotel 5 bintang ni.. adore sungguh dengan Akiko ni.. ”
” Padahhh lawo plating si Akiko… Klu aku letak jek. kadang yg dlm plastik pun biar gitu je.. pas mkn terus buang haha.. ”
” Bagus isteri riz… walau beli menu kat luat.. tetap buat presention yg sweet… ikut jepun stail… memenangi pandangan mata.. baru rasa.. ”
” Apam balik siap ada flower flower. Cantik bebenor kome oiii.. Walau lauk bazar tapi presentation dia tetap mantul.. ”
” Kalau kita pergi bazaar confirm main letak je atas pinggan. Tapi mak sky susun so shantik.. bang bukak beg kuning mak sky ni, nak juga merasa makanan terhidang macamni.. ”
” Tetap ade plating presentation juge ye.. walaupon beli kat bazar..rajinnye lah hai mak sky ni. memang rajin la Akiko ni, plating cantik.. ”
” Salute btl plating presentation Akiko ni. good vibes btul la… g bazaar pon sempat lagi mendeco foods.. klu saya g bazaar letak ats meja tnggu nk berbuka jerr.. ”

Ramai yang kagum dengan kerajinan dan ketelitian Akiko menghidang makanan. Beruntung Ridz ada isteri yang rajin dan kreatif seperti Akiko ini. Apabila makanan begitu cantik terhidang di atas meka, pasti akan lebih membuatkan Sky dan Ridz berselera menjamu makanan. Salute lah Akiko, terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridz0kumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang chat mak saya macam seolah-olah mak saya tak pandai jaga saya, macam saya dah teruk sangat.. ” – Hadie



