Connect with us

Artis / Selebriti

” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam

Pendedahan Shaheizy Sam mengenai sikap arwah abang iparnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang tidak orang ketahui. Memang lain sangat daripada apa yang biasa orang nampak..

Negara dikejutkan dengan berita pemergian ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin seawal pagi tadi. Anak DS Bung mengesahkan ayahnya itu telah pun menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta.

Suasana pilu menyelubungi mengebumian DS Bung dan seluruh ahli keluarga hadir termasuk pelakon terkenal, Shaheizy Sam yang merupakan adik kepada isteri kedua DS Bung, Datin Seri Zizie Ezzette. Kesempatan bertemu Sam digunakan oleh pihak wartawan untuk menemubual Sam mengenai arwah abang iparnya itu.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Utusan Melayu Plus Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pendedahan ekslusif daripada Sam sendiri mengenai sikap DS Bung yang ramai orang tidak tahu. Umpama 2 insan yang berbeza, itu yang dapat diungkapkan mengenai DS Bung.

Ujar Sam, di Parlimen DS Bung memang terkenal dengan kelancangan dan mulut ‘pedas’nya berbicara, tetapi itu sangat berbeza apabila DS Bung di rumah bersama keluarga. Sam juga menyifatkan DS Bung adalah seorang abang ipar yang sempurna dan ayah yang baik.

Jom tonton video di bawah :

@utusanmelayuplusofficial

Pelakon Shaheizy Sam yang juga adik ipar Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Allahyarham seorang abang ipar yang sempurna ketika bersama keluarga di rumah tetapi agresif di Parlimen, lapor Bernama. #fyp #trendingnewsmalaysia #bungmoktar #ShaheizySam

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

@theborneopost

Malaysian actor Shaheizy Sam shares his memories of his late brother-in-law Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, a side the public rarely saw. #shaheizysam #bungmoktar #sabah#theborneopost

♬ original sound – The Borneo Post – The Borneo Post

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aku percaya cakap Shaheizy Sam.. memang dato’ perwatakan lembut dan rendah suara jika di luar.. kalau jumpa berdepan diluar pun arwah memang baik orang nya tak sombong… takziah pada ahli keluarga arwah Bung.. “

” Betul.. Pernah duduk sebelah allahyarham waktu solat di masjid. Sentiasa senyum dan ramah. Tak sombong. Kalau tak kenal muka, mesti ingat pakcik2 kampung datang masjid. Tiada minta layanan istimewa/special.. Alfatihah DSP Bung Mokhtar.. “

” Arwah prnh dtg shopping kt tmpt Sy kerja mse Sy brkerja di genting…mmg sgt lembut berbicara dgn staff2 kt ctu trmasuk Sy… sntiasa snyum… smoga arwah dtmptkan dtmpt2 org yg beriman n soleh.. “

” Semoga Allah SWT kurniakan tempat terbaik buat roh Allahyarham bersama para Solehin… Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fu’anhu… Aamiiiiiin Yaa Rabbal’alamin.. “

” Memang baik lembut bercakap mudah senyum arwah dsbmr prnah dtg rumah waktu prk sandakan dlm gambar dgn dsrahman dahlan.. al fatihah.. “

” Dalam dewan menegakkan dasar, realiti sebenar di luar berlainan. lembut dengan anak, anak akan sayang.. Semoga arwah Dato Bung Mokhtar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. “

” Baiknya orang Allah yang tentukan.. Arwah dipilih meninggal hari jumaat..meninggal khusnul khatimah.. kita yang masih hidup terus2 buat baik.. “

Sam lebih rapat dan mengenali keperibadian abang iparnya ini. Pastinya segala kebaikan dan kemesraan arwah DS Bung Moktar bersama mereka sekeluarga akan sentiasa dirindui. Salam takziah daripada kami di Berita Kopak untuk seluruh keluarga arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Utusan Melayu Plus , TT Theborneopost 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak