Artis / Selebriti
” Anak yang buatkan hati Mummy terdetik untuk ada baby dari rahim sendiri.. ” – Watie Hanifiah

Posting terbaru Watie Hanifiah sempena Hari Lahir Ayash Affan yang ke 4 tahun menyentuh hati ramai. Sebak tengok cara Watie menyantuni Ayash. Manja sungguh Ayash dengan Mummy dia..
Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuatnaik ucapan hari lahir yang penuh kasih sayang buat Ayash Affan, anak bongsu arwah Siti Sarah dan Shuib Sepahtu. Menerusi hantaran di laman sosial, Watie bukan sahaja menitipkan ucapan menyentuh hati, malah turut berkongsi beberapa moment indah bersama Ayash sejak mereka mula hidup bersama sebagai keluarga.
Menerusi beberapa video yang dimuatnaik itu, kelihatan Watie merakam detik-detik manis seperti ketika Watie memanjakan Ayash dengan perkataan ‘ I Love You’, mendukung Ayash, bermain bersama dan menemani Ayash memotong rambut.
Setiap babak memperlihatkan keakraban dan hubungan mesra antara mereka, meskipun Ayash bukan anak kandungnya. Watie turut menulis ucapan hari lahir buat Ayash yang jatuh pada hari ini dan sangat menyentuh perasaan.
Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai netizen menyifatkan Watie sebagai wanita yang berhati mulia kerana menganggap Ayash dan adik-beradiknya sebagai anak sendiri.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk video seterusnya.. )
Rata-rata netizen tersentuh melihat kasih sayang yang ditunjukkan Watie terhadap Ayash. Ramai memuji sikapnya yang ikhlas dan penuh tanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai ibu tiri :
” Mesti arwah seronok tngok anak2 dia ada mummy yg boleh sayang anak2 mcm anak2 mummy sendiri. Mummy yg sgt sweet n ayash yg sangat cute.. “
” Semoga roh arwah siti sarah tenang, Allah dah aturkan anak2 dia berada ditangan orang yang betul dan baik. Watie ni sgt natural yer jadi mom… “
” Dia suka cium mummy..sebak tgok.. semoga yg baek2 sllu utk ayash n mummy.. happy birthday ayash Comelnya Ayash..moga trus bkasih syg..jd ank soleh.. “
” So sweet. sebak akak bc. Watie mommy yg baik dan ketahuilah yg baik2 juga Allah dah sediakan. Happy Birthday Ayash Affan. Anak soleh penyeri hati Mommy.. “
” InshaAllah ada rezeki mummy akan ada zuriat sendiri. .semoga Allah membalas segala kasih sayang yg mummy waty curahkan pd ayash & abg kakak.. “
” Sampai muka pun Allah bagi sama dengan watie! Nampak sangat kasih sayang tu tiada nilai. Alhamdulillah. Allah hadirkan naluri keibuan yg sgt tebal yr utk Watie.. “
” Love sgt tgk interactions mummy dgn semua ank2 esp Ayash. I’m sure the kids are thankful to have u. Tk lekang kasih sayang seorang ibu. Syabas Watie n semoga sentiasa menjadi ibu yg terbaik utk ank2.. “
Semoga Watie terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak Shuib. Keikhlasan dan kelembutan hatinya jelas terpancar dalam setiap moment yang dikongsikan dan ia sesuatu yang sangat dihargai dan dihormati oleh masyarakat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira terus ajak Fattah bawa Fatima sekali naik pelamin. Kalau orang lain, mesti dah tarik muka.. ” – Komen Netizen