Artis / Selebriti
” Anak omputeh pun cakap melayu, Ganu lagi.. ” – Netizen
Video Anak Mat Dan, Zayne Tyler Memberi Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha. Part Zayne Berbual Dengan Ibunya Buat Ramai Terhibur. Pekat Sungguh Loghat Terengganu Zayne. Comel Sangat Celoteh Zayne !!
Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah merupakan selebriti yang berasal dari United Kingdom. Mat Dan telah berkahwin dengan wanita melayu dan setakat ini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Meninjau ke akaun Instagram, Mat Dan telah memuatnaik satu video bersama keluarganya memberi ucapan selamat hari raya Aidiladha tempoh hari. Keluarga ini hanya mengenakan pakaian raya secara ringkas sahaja untuk sambutan Aidil Adha tahun ini.
Mat Dan memulakan ucapan kemudian diikuti anak sulung Mat Dan iaitu Zayne menyambungkan perkataan selamat hari raya. Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah loghat terengganu Zayne ketika dia bercakap dengan ibunya.

Jika dilihat dalam kebanyakkan video yang dikongsikan di media sosial, sememangnya Mat Dan gemar menggunakan bahasa melayu berloghat Terengganu ketika berbual bersama anak-anak. Comel sangat Zayne bila keluar loghat Terengganunya.
Jom tonton video di bawah :
Ramai memuji Zayne walaupun berdar4h kacukan Inggeris, namun tetap mengutamakan bahasa melayu. Antara komen-komen yang diberikan :
” Anak omputeh pun cakap melayu… Ganu lagi.. Comelnye lahai anak2.. Selamat Hari Raya Aidiladha utk Mat Dan dan keluarga.. “
” Selamat Hari Raya aidil adha.. comey laa Zayne.. dok dengor pun.. begheh bohh .. Hehe comel je macam william dengan bentley.. “
” Ya ampunn. comey lah cakak ganu.. zayne comel.. kuat ganu boh, selamat hari raya Aidiladha matdan.. comel zayne.. “
” Hok aloh, anok Ganu sungguh la Zayne ni.. cutenya dia, clever boy.. omeynye laahh sekeluarge ninggg.. stay safe everyone.. “
” Ibu, dok dengar pun .. anak omputih kecek ganu.. Ahaha.. Kiut ngat berehh bohhh .. Beautiful family.. selamat hari ray mat dan .. “
” Alolooo comel nya si zayne ni… selamat hari raya haji… Sy0k dgr dia kecek ganu.. Kelakar la zayn ni.. ger4mnya tgk adik zayne.. “
” Salam aidiladha mat dan.. Dok denga pung, comel Zayn. Owoh cute la t0bak pum.. Comel sgt eydan and zaynne.. “

Alahai, ger4m sungguh melihat gelagat Zayne dan juga adiknya, Eydan. Tak sabar pula untuk melihat Ayden pula apabila pandai bercakap suatu hari nanti. Semoga kedua adik-beradik ini membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

