Connect with us

Artis / Selebriti

” Anak Nad Zainal ke ? Geram tengok pipi terlebih yis tu, haha.. ” – Netizen

Video Dynas Mokhtar Sedang Mendukung Seorang Bayi Yang Dikatakan Anak Nad Zainal Raih Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Anak Nad, Putih Gebu. Pipi Tu Dah Macam Pau, Bambam Betul !!

Meninjau di akaun TikTok pelakon Dynas Mokhtar telah dikongsikan video yang memaparkan dirinya sedang mendukung seorang bayi di sebuah expo di negara Brunei. Menerusi video itu, bayi yang didukung oleh Dynas kelihatan begitu comel dan badannya montel.

Tulis Dynas di ruangan kapsyen meminta para peminat meneka siapakah bayi tersebut dan memberikan klu mengatakan yang ibu bayi itu berbadan saiz kecil. Kedengaran suara di dalam video seperti turut ada bersama adalah pelakon Nad Zainal.

Klik gambar untuk info..

Manakala di ruangan komen, ramai yang meneka bayi ini adalah anak Nad Zainal dan salah satu komen itu Dynas memberikan respon mengatakan benar. Perkongsian video Dynas telah menarik perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa geram melihat kecomelan anak Nad.

Untuk sekadar info, Nad mendirikan rumahtangga bersama pelakon Ungku Ismail. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki pada bulan Oktober tahun lalu. Namun begitu, Nad dan Ungku sehingga kini masih belum berkongsi nama anak mereka kepada umum.

Tonton video di bawah ini :

@dynasmokhtar

Cube teka nie anak siape ??? Mak dia tengah potpet tu… mak dia small size je… anak dia fuhhhhhh… sedap!

♬ original sound – Dynas mokhtar – Dynas mokhtar

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Anak Nad Zainal ke.. Ger4m tengok pipi terlebih yis tu, haha.. Putih gebu betul lah.. Kita yang tengok pun jadi ger4m tau.. “

” Anak Nad Zainal.. Kemarin sabtu saya g kat sana.. Comel sangat tengok depan-depan.. Salam dari peminat Brunei.. “

” Semangatnya badan… Larat ke mamanya dukung tu, hahaha.. Comel sangat2 lah.. Tunggu mama dan abah dia umum nama nanti.. “

”  Comelnya.. Anak bungsu saya lahir 4 kg secara normal tp sgt susah nk kluar.. Skrng dh 20 tahun dn dielah ank yg paling tinggi.. “

”  Anak Nad, dengar suara Nad dekat situ.. Anak sy yg bongsu lahir 3.85kg. stiap bln naik 2kg. Blom sthn sy mmg  tak larat nk dukong,

” Saya pengasuh baby besar mcm ni.. Sakit pinggang lah SBB dia suka nak bedukung, hehe.. Comel lah anak Nad, pipi gebu.. “

” Anak sy lahir dulu 3.15 tp lepas tu dh jadi michelin.. Jenuh nk dukung.. Dah tak payah susah2 nak diet, auto kurus kita, haha.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai patutlah ramai yang geram melihat anak Nad, memang comel sangat. Tengok pipi tu, bambam sungguh. Apa-apa pun, semoga anak Nad terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Mesti ramai yang tak sabar nak tunggu Nad serta Ungku umum nama anak mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok dynasmokhtar, nad.zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT