Artis / Selebriti
” Anak muda santai, tapi tidak lalai okey. Sejuk perut mak awak Qawiy.. ” – Netizen
Video Qawiy Aro Kena Terjah Tebuk Ngaji Dengan Ustazah Asni Mansor Raih Perhatian Ramai. Fuh Hebat Lah Qawiy, Kali Ni Qawiy Pula Kena Terjah. Muka Macam Cuak Tapi Bacaan Tetap Power, Hebat Anak Muda !!
Selalunya pemuda bernama Qawiy Aro ini yang menerjah orang untuk tebuk ngaji tetapi kali ini giliran Qawiy pula menjadi ‘mangsa’ tebuk. Jika minggu lalu Qawiy kena tebuk ngaji dengan Neelofa, minggu ini pun Qawiy kena lagi. Nampaknya makin ramai yang cuba untuk menerjah Qawiy untuk mengaji.
Meninjau akaun Instagram MeleTOP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ustazah Asni Mansor menebuk ngaji Qawiy. Ustazah Asni membaca ayat dari surah An-Nisaa’ ayat 148 awal juzuk 6. Sedap sungguh alunan suara Ustazah Asni.
Usai sahaja Ustazah Asni membaca, Qawiy terus menyambung bacaan tersebut. Muka nampak cuak tetapi ada senyuman di wajah Qawiy. Lancar sahaja bacaan Qawiy dan bacaannya diselesaikan sehingga ke akhir ayat. Hebat sungguh anak muda ini, menjadi idola ramai.

Komen warganet, selebriti seperti Qawiy ini memang menyenangkan hati. Sejuk perut ibu Qawiy mengandung dan melahirkan Qawiy, berjaya ilmu dunia dan ilmu akhirat juga. Qawiy sudah semestinya menjadi calon menantu idaman ramai mak-mak mertua. Untung siapa yang dapat Qawiy sebagai suami.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah SubhanAllah…. Terbaik Qawiy. anak muda santai, tapi tidak lalai okey.. mantap kedua-duanya.. Alhamdulillah.. ”
” Proud of you Qawiy. semoga lebih ramai lagi anak-anak muda yang hafaz alQuran seperti ini.. ”
” Masya Allah mantuyyy.. Sejuk perut mak awak Qawiy. Suara ustazah mengaji pun merdunya.. Allahu Akhbar.. ”
Qawiy sememangnya sudah hebat dalam hafazan Al-Quran dan ini memang ‘makanan’ dia. Tenang sungguh mendengar bacaan Qawiy dan Ustazah Asni. Apabila selalu mendengar tebuk ngaji sebegini boleh menaikkan semangat orang lain untuk mendalami Al-quran.

Apa-apa pun, semoga Qawiy success selalu dalam semua bidang yang diceburi, selalu memberikan vibes positif dan inspirasi kepada semua orang untuk lebih belajar dan mencintai kalam Allah, Al-Quran. Selepas ini giliran siapa pula agaknya untuk tebuk ngaji Qawiy. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, IG Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil



