Artis / Selebriti
” Amir relax je nyanyi, orang dalam bas dah banjir menangis sedih.. ” – Netizen

Video Amir Sisi Menyanyi Sebuah Lagu Ketika Dalam Perjalanan Ziarah Hudaibiyah Menyentuh Hati Warganet. Alunan Suara Amir Sampai Ke Hati, Sebak Pula Dengar !!
Buat masa kini, juara The Chosen One musim 1, adik Amir Sisi bersama Amek dan abangnya sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Banyak video Amir yang dikongsikan oleh Termoj Production dan juga jemaah yang turut sama nenyertai kumpulan umrah ini.
Jika sebelum ini, video Amir mengalunkan zikir di dalam bas dipertontonkan kepada semua, kali ini video Amir menyanyi pula. Menerusi akaun Tiktok Idayufauzi, telah dikongsikan video yang memaparkan Amir menghiburkan semua jemaah di dalam bas.
Mereka pada waktu ini dalam perjalanan ke Hudaibiyah untuk melawat dan mengambil miqat umrah buat kali ke 3. Amir memang terkenal dengan suara lunak dan merdunya. Dapat dilihat Amir menyanyikan lagu nasyid yang pernah dinyanyikan ketika di Chosen One dahulu.
Lagu Sesungguhnya dendangan asal kumpulan Raihan ini memang mendayu-dayu apabila dibawa oleh Amir. Sekali pun menyanyi tanpa muzik, suara merdu Amir ini meruntun hati. Memetik komen warganet, rasa insaf tu lebih terasa apabila Amir menyanyi lagu ini di Tanah Suci Mekah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@idayufauzi Wow, para jemaah disajikan dengan kelunakan suara emas adik Amir semasa perjalanan Ziarah Hudaibiyah dan umrah ke-3 pada 27 Dis 2023 🫶🏻 Alhamdullilah hari nie group adik amir akan ziarah ke Taif 🤩 Nak tahu update umrah adik amir ? 🤔 Nak tahu update perjalanan umrah para jemaah ? 🤔 Laju2 follow @Andalusia HQ sekarang 🤗 ig: umrahandalusia.hq 🤗 #umrahmusimsejuk #umrahandalusia2023 #andalusiatravel #adikamirthechosenone #amirsisiunukofficial #umrahmemories #CapCut @Termoj Production @kucing termoj kredit: PTA andalusia 🤩 @HijrahSoul🤍 🤍
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun merih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Harap ada pihak DPT satu kan adik Amir dgn sallman ank aruah Suhaimi Saad.. dua2 memiliki suara yg merdu … apa salah nya .. DPT bantu ank yatim.. ”
” Rabak mak dengar suara adik amir.. Ikhlasnya hati adik Amir ni. lagi terasa hibanya bila dengar amir nyanyi dekat tanah suci.. terasa lebih di hati keinsafan tu.. ”
” Suara emas, merdu walau tanpa muzik.. rindunya dengar suara Amir.. sampai ke sana pun Amir jadi penghibur eak.. Amir relax je nyanyi, orang dalam bas dah banjir menangis sedih.. ”
” Merdu nye suara amir nyanyi tanpa muzik .kalau kita nyanyi tanpa muzik macam ni, sah sah kelaut lah jadi nye.. ”
” Dengar je Amir nyanyi, auto mata berair. Bertuah adik Amir di anugerahkan suara yg lunak.. merdunya suara adik Amir.. ”
” Alahai sayang nya Amir suara tu tetap tak berubah.. berlipat ganda pahala amir dan untuk ibu ayahnya.. terasa sayunya bila Amir nyanyi lagu ni di tanah suci.. lain macam rasa dia tu.. ”
” Amir memang ada aura suara tersendiri. setiap dengar lagu d nyayi amir sedih sangat. semuga amir mendapat keberkatan Dunia akhirat Aamiin.. ”
Nyanyian Amir kebiasaannya pasti menyentuh hati, lenggok suara Amir yang menambahkan lagi kesayuannya. Semoga Amir mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan Amir sepanjang proses ibadat umrah ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Idayufauzi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen